Sabtu, 18 Mei 2013

Puding Roti Buah Pic

Salam...
Roti dah nak expired !! nk buat roti gulung sosej atau sardin, macam malas la plak (nk gelek, nk masak inti, nk buat itu ini...huhuhuu...dasar pemalas kan....)
Akhirnya...jadilah Puding Roti. Campur skali buah pic,lebihan buat pavlova.. ermmm...jalan !!!



RESEPI PUDING ROTI BAKAR DENGAN SOS KASTAD
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 7-8 keping roti
  • * 500 ml susu segar @ 2 cawan
  • * 4 sudu besar gula halus
  • * 2 biji telur
  • * 1 sudu teh esen vanilla
  • * 1 sudu kecil serbuk cinnamon
  • 2 sudu besar butter - cairkan
  • buah pic secukupnya
Untuk Sos Kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula



 Cara-cara
  1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
  2. Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.
  4. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
  5. Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.

Tapi kali ni, sos kastard CK tak buat...sbb dah MALAS kan...apa yang ada jer laaa....



6 ulasan:

  1. saya pun ada roti dah nak luput tarikh tu.. tapiiii.. malasssssnya .. huuuu

    BalasPadam
  2. Sedap juga tengok tayang puding roti CR ni ;-)

    BalasPadam
  3. salam CK..

    namapk menarik la puding pic ni..sya suka sangat makan buah pic..mesti puding roti ni sedap kan cmpur buah pic..

    BalasPadam
  4. Assalam Ck
    tqq
    emmm nampk sedap walau tanpa sos kastad tu
    nmpk lain letak pic sedappp
    kat umah ni roti x sempat tp susu pula lebih

    BalasPadam
  5. Salam kak...baru saja buat 2minggu lepas..google resepi paling simple utk puding roti nie..

    Jemput singgah ke blog saya ye kak...
    http://ryunabiela.blogspot.com/

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡