Salam..
Apa khabar? dah minum petang? meh jamu selera dengan cream puff kat rumah CK ni yer :p
Sebenarnya ada balance 13 bj dari order customer hari ni..so dapatlah anak2 merasa.
Bagi yang merisik2 resipi tu, maaf la sbb CK tak dapat berkongsi resipi yang sebenar kerana ia adalah resipi dari kelas bakery. Kang marah plak rakan2 yang pegi kelas choux pastry tu...tp jangan risau, ada resipi yang lebih kurang sama dan tak kurang sedapnya juga
Resipi dari Yani MYR
Bahan-bahan ( 10 biji )
- 100ml air
- 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
- 60g tepung gandum- diayak
- 2 biji telur(100g)
Cara-cara
- Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
-
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
-
Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
-
Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
-
Masukkan telur, kacau cepat-cepat
-
Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
-
Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
-
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
-
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
-
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
TQ Nia Ellyssa (jiran merangkap vvip customer) sbb sudi tempah dr CK. Ni first time buat utk jualan bila dh betul2 yakin dengan resipi yang ada. Tapi rupa parasnya tak begitu indah, yer la,baru first time kan...syukur Nia tak kisah, janji sedap katanya :)
salam CK..
BalasPadamem,sedap cream puff tu..beberapa hari ramai blogger yg tayang cream puff ekk..nak juga try buat..
salam Noorma.Apa kabar?Lama k.atie tak singgah kat sini.Sht?Sedapnya creampuff...
BalasPadamteringin nak makan ni la...bila nk buat ye...
BalasPadamada lagi ke c/puff tu...kalau berbalance lagi hulur2 ler kt ucu ni...ucu sudi menghabiskan...:)
BalasPadamkita sama2 tuntut ilmu deco kt google jer ck, ucu suka search mat saleh punya deco, simple tp menarik...nk ajar takut tak cukup dakwat pen nanti dah lain kes....hahaha
ada apa pada rupa? eh. buatkan tuk aku lak..haha
BalasPadam