Salam...
Dah nak akhir2 Ramadhan ni, mood masak pun makin menurun. Sama gak ler dengan my Jebat, dah takde ati nk keje...hehehe... Ok...hari ni CK masak lauk berasaskan daging la plak. Hari2 masak ayam pun jemu
Bahan-bahan
Daging- direbus dulu dan hiris
Kentang-dipotong wedges dan goreng hingga empuk
sos tiram
kicap pekat
kicap manis
Bahan tumbuk
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Bahan tabur
Cili merah
Bawang besar -dipotong bulat
Tumis bahan tumbuk sampai naik bau, kemudian masukkan pes cili. Masak lagi sampai naik minyak.
Kemudian, masukkan kicap dan sos tiram
Masukkan daging. Boleh tambah sedikit air untuk meratakan daging&kicap tadi.
(tak perlu tambah garam sbb sos tiram dan kicap dah masin)
Masukkan kentang goreng. Kacau
Akhir sekali masukkan bahan tabur. Siap
Tak sampai lima minit dah siap masak... Hari ni CK kureng sikit mood nk masak2, tp tetap kena masak...tu yang cari lauk senang2 jer tu.. Daging mmg dah siap rebus. So campak jer kicap dan bahan2 lain...dah siap....hahaha....
SELAMAT BERBUKA PUASA :)
♥♥♥
selamat berbuka
BalasPadamsukanya kalu ada daging kicap, memang sedap