Selasa, 7 Ogos 2012

Crunchy Green Peas

Salam....
CK buat biskut lagi...hehehe....kali ni biskut kacang hijau plak yer....minggu lepas dah buat biskut berasaskan tepung kacang hijau ni, tp CK tak brapa suka la teskturnya yang gebu dan cair dimulut. Kena stanby air kat sebelah...kalo tak, sure melekat di tekak...lebih kurang biskut makmur la plak.

So, CK modified sikit...dan akhirnya jadilah biskut spt yang diinginkan....

Bahan-bahan
1 cawan tepung kacang hijau
1 cawan tepung gandum
1 sb tepung jagung
1/2 cawan gula aising
1/2 cawan mentega
1 bj telur - saiz kecil - saiz D, kalo saiz A letak 1/2 bj jer
esen vanila
minyak jagung secukupnya
Hiasan : kelapa parut/manik gula

Cara-cara
Putar mentega dan gula sampai sebati. Masukkan esen vanila dan telur. Putar lagi sampai sebati
Kemudian, masukkan tepung.
Uli dan tambah minyak jagung sampai doh lembut atau boleh diterap.
Canai dan terap dengan acuan yang disukai
Sapukan kuning telur dan tabur kelapa parut/manik gula
Bakar selama 30-40 minit
Siap.

Kalau nk lebih cantik atau rajin, boleh dizzle dengan coklat putih/hijau kat atas biskut ni, dan tak payah la glaze dengan telur dan tabur kelapa parut. Tapi CK ni malas dah nk main dengan coklat....nk cepat jer kan....hehehe....

Biskut yang rangup dan penuh dengan rasa kacang hijau.



♥♥♥

3 ulasan:

  1. dh tayang biskut lak...adda tahun ni xtau la sempat buat biskut tak..ngn sikecik ni lagi..masak berbuka pun terkejar2..

    BalasPadam
  2. Salam Noorma...bagi alamat ke email k.atie ya

    azatie_sayang7071@yahoo.com.my

    BalasPadam
  3. salam kak..
    dari tahun lepas nak buat biskut kcg hijau ni.. tak tak terbuat jugak..

    yg ni versi kacang hijau (yg kita buat bubur)tu ke atau kcg peas tu?

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡