Isnin, 6 Ogos 2012

Biskut Daisy

Salam Ramadhan 17....di Selangor kita bercuti hari ni yer sempena Nurul Quran...dan CK pun ada banyak masa hari ni, bolehlah buat biskut untuk rumah sendiri.
Tahun ni CK nk makan biskut dulu2, teringat akan kakak CK yang pandai buat biskut ni. Tapi skang ni, kakak CK pun dah order jer....malas nk buat dah katanyer... takpe laa...adiknya boleh buat...hehe

Resipi diperolehi dari website Daisy Sehebat Chef. Dalam banyak2 resipi, hanya resipi ini menarik perhatian kerana penggunaan pelbagai jenis tepung, oat dan kelapa kering...selalu tu kalau biskut mazola biasa hanya pakai tepung dan kacang saja kan.

Bahan A 
160 gm Tepung Gandum
60 gm Tepung Suji
40 gm Tepung Jagung
100 gm Gula Kastor
11/4 sudu kecil Serbuk Penaik
1/4 sudu kecil Soda Bikarbonat

Bahan B 
150 gm Kacang Tanah – dibakar dan dimesin
60 gm Oat – dimesin
20 gm Kelapa Kering - dimesin

Bahan C 
120-140 gm Minyak Jagung Daisy (atau secukupnya)
1/8 sudu kecil Garam

Bahan D (hiasan/sapuan)
Telur+susu cair


Cara-cara
Campurkan kesemua bahan A dan sebatikan di dalam mangkuk pengadun dan putar selama 2 minit dengan kelajuan yang sederhana.
Campurkan kesemua bahan B yang telah dimesin dan putar selama 1 minit.
Akhir sekali masukkan Minyak Jagung Daisy dan garam, putar lagi 1 minit dan sebatikan.
Adunan dicanai dan diterap berbentuk bulat, sapukan telur dan bakar selama 25-28 minit pada suhu 150 – 160C.
Siap


baunyer? waaaa...semerbak....tp rasa? tatau....tunggu buka nanti yer....hehehe....


♥♥♥

6 ulasan:

  1. baunya mesti buatkan perut berkeroncong kann?

    BalasPadam
  2. jangan ada yg terberbuka cepat sudahlah, hehe

    BalasPadam
  3. waaaaa patut la harum je bau kesini, CK wat biskut rupanya he he syok Selangor cuti ekk ala KL keja hu hu
    ok wat lebih2 ye nanti raya nk jalan2 umah Ck bolehhh

    BalasPadam
  4. wahh bestnya dpt cuti..kita kt jb nie kena keja la..nk mgukis jgk nie..dh terbau2 wangi biskut tu kt sini..he hehe mesti sedap:)

    BalasPadam
  5. cheq sue kat sini pun bercuti, dah tak balik kg, sempatlah siap 2 3 biskut... :) cantik je nampaknya tu mesti sedap

    BalasPadam
  6. Salam Noorma.... dah berapa mcm sekut dah ni? Kita satu pun belum....

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡