Ahad, 8 April 2012

Strawberry & Chocolate Ice Cream

Salam Ahad..

CK buat ice cream lagi. Seronok buat ice cream pelbagai perisa ni. Dan kali ini CK tak guna telur. Saja la nk tengok perbezaan ice cream yang guna telur dan tanpa telur.  Keputusannya.... jeng-jeng-jeng......


Sebelum tu, meh kita tengok bahan-bahan untuk buat ice cream ni dulu. Sama jer dengan fruit salad ice cream yang CK pernah buat sebelum ni, cuma kali ini tak letak telur jer...

Ice Cream
resipi : Cendanakasih

Bahan-bahan
- 1 cawan susu pekat manis (boleh kurangkan kalo tak suka manis)
- 1 cawan air masak
- 1 cawan non dairy whipped cream
- 1 sudu teh ovallet
- 1 sudu kecil serbuk vanilla
- strawberri emulco, choc emulco
** utk ice cream strawberry CK tambah potongan buah strawberi di dalamnya.

Cara-cara
Pukul non dairy whipped cream, susu pekat manis, dan ovalet sampai pekat/ringan. Kemudian masukkan air masak dan serbuk vanila. Pukul lagi sampai gebu.
Kemudian, masukkan emulco coklat/strawberry, kacau dan masukkan ke dalam bekas.
Sejukkan dalam tempat dingin beku sekurang-kurangnya  6-8 jam.

** Boleh juga diletakkan gula-gula marshmallow, coklat cip atau kekacang, mengikut selera masing2



Keputusannya, ice cream yang menggunakan telur lebih gebu, halus  dan berlemak,  tp yang tak guna telur ni tak terasa sangat lemak, tapi masih sedap... errr...bergantunglah kepada perisa apa yang kita buat kan !!! 

So...jom buat ice cream !!! 


♥♥♥

5 ulasan:

  1. Assalam Dik CK...ni antara benda yang belum pernah try lagi....bila tah nak kena try jugak ni....namapk sedap..namapun ice cream..siapa tak suka ice cream kan..yum!!!

    BalasPadam
  2. fuiyooo..akak nk gak eskem..dapnyer!

    BalasPadam
  3. geramnya tgk sekerem ni.. simpan utk sy sket..

    BalasPadam
  4. rajinnya buat aiskrim sendiri..kita beli je ck...hahahha

    BalasPadam
  5. hemmm...terliornya, pastu curah sos strawberry, wow...terangkat. tq kongsi resepi

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡