Salam...
Hari ini CK mencuba resipi baru (tak pernah rasa, makan atau masak)..Namun juadah ini cukup popular di negeri Kelantan. Ditambah pula dengan citarasa CK sekeluarga yang suka masakan dari negeri penyu menangis dan cik siti wan kembang, rasanya lauk ini bakal mendapat tempat dihati my Jebat. So mari kita cuba !!!
Rempah kuzi CK beli semasa jualan produk IKS di Giant Kinrara. Ingat tak entri Gulai Darat?
Resipi CK google kat internet dan jumpalah di fotopages kak Liza. Terima kasih Chef. Memang sedap lauk ni. Tak rugi beli rempah kuzi tu satu pek besar.
KUZI AYAM
sumber: Chef Hanieliza
Bahan-bahan
1 ekor ayam [potong kecil]
1 cawan susu cair
2 s/b rempah kuzi
5 biji cili merah
2 biji tomato buah [belah 4]
1 labu bawang besar [belah 4]
2 s/b kismis
1 cawan sos tomato
garam
kunyit
minyak
Bahan Mesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 cm halia
1 cawan bawang goreng
5 biji cili merah
Cara-cara
1. Ayam dibersihkan dan gaulkan garam dan kunyit. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
2. Gunakan 3 s/b minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.
4. Masukkan ayam, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Hidangkan dengan nasi minyak/nasi putih atau roti.
CK ikut sebulat selonjong resipi kak Liza tu. Takmo derhaka...almaklum lah kan, kita tak pernah rasa. Kang kalo tambah/adjust itu ini, takut lari plak rasanya.
Nebes juga bila hidangkan pada Jebat tadi... memula dia rasa, dia diam.... pastu dia rasa lagi.... "errrm...sedap....".... syukur...kena dengan tekak dia... Katanya untuk kenduri tahlil bulan depan, boleh masak lauk ni.
♥♥♥
sedapnya ayam masak camnie..
BalasPadamassaLAM CK
BalasPadamtak penah masak tp penah makan ayam kuzi ni he he
sedappp..
eskrim kat bawah tu pun sedap,nak try jgak pasni he he