Jumaat, 20 April 2012

Lepat Labu

Salam... bertemu lagi.

Hari Jumaat ni, CK jamu dengan lepat labu. Resipi kampung la plak (semalam dah western kan...)

Sebenarnya CK suka sangat makan kuih2 kampung ni, cuma daun pisang tu payah nk jumpa yang elok. Ni pun dah terkoyak2. Jenuh la tampal sana sini...

Bahan-bahan
2 cawan labu yang dikukus dan dilecek
1/2 cawan tepung beras
2 sb tepung ubi
Secubit garam
1/4 cawan gula (terpulang la nk manis macam mana)
tepung gandum - untuk tambah

Inti
1 cawan kelapa parut putih
secubit garam
*bahan-bahan ini digaul bersama

Cara-cara
1. Dalam bekas besar, satukan lebu, tepung beras, tepung ubi, gula dan secubit garam. Kuantiti gula terpulang pada citarasa sendiri.
Kalau labu nampak lembik, boleh tambah dengan tepung gandum.
2. Daun pisang dilayur atas api atau celur dengan air panas. Lap bersih, dan letakkan bancuhan labu. Diikuti dengan kelapa parut spt gambar dibawah

3. Gulung kemas dan letak dalam pengukus. Buat sampai habis


4. Kukus selama 30-40 minit.

5. Siap


Ok...selamat menjamu selera !!!

9 ulasan:

  1. kita suka lepat..tapi nak buat nya mals betul..heheheh..

    BalasPadam
  2. jiran kat setiawangsa rajin bagi lepat ni. ... dok akt sini tak ada la hehehe

    BalasPadam
  3. Daun pisang agak susah nak dapat dan sainya kecil pulak tu.

    BalasPadam
  4. sedapnyaaa...lama tak makan lepat....

    BalasPadam
  5. salam ck hemmm suka kuih2 lama ni nak pulak ada labu dah lah fv kita tu...

    BalasPadam
  6. sedapnya lepat tu...
    sy pun suka sgt ngan kuih2 lama ni.. bab kuih berdaun pisang mmg jarang buat sbb tensen beli daun pisang selalu dpt yg tak elok.. luarannya cantik.. tp bila buka belah dlm.. hmmmm... mengecewakan.. tak baik ler dorang ni kan nak niaga tp tak ikhlas... tu yg jarang beli daun pisang tu...

    BalasPadam
  7. Salam...selalu dengar lepat ubi/pisang jeee...versi labu ni pasti sedap juga...ada masa teringin gaklah nak cuba

    BalasPadam
  8. assalam Ck
    ada lepat labu , ni sedapnya. Akak kalu lepat labu suka letak inti kelapa banyak2 he he anak2 pun suka
    betul tu kat sini malas nak wat lepat sb daun pisang kalu beli tak cantik langsung kan, daun tua pastu koyak2 je
    ni minggu depan blk Tepeng mesti buat sb daun pisang free elok2 lak tu he he

    BalasPadam
  9. Salam ck, lama dh tak mkn lepat..sedapnya.

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡