Isnin, 6 Februari 2012

Mee Rebus Mamak

Salam

Mee rebus ni ada kisah dukanyer...huhuhu....mana tidaknya, bila dh siap masak, si Jebat plak telefon suruh masak nasi dan lauk sambal. Adoiii....anak2 pun sama. Takmo makan mee rebus ni. Diorang nk makan nasi dengan telo mata kobau...

Errrm...banyak citer kan. Takkan CK nk mencekik mee ni sorang2. So bagi ler pada jiran sebelah dan suruh kawan baik CK yang dekat rumah ni datang. Siapa lagi, cikgu Wati ler....


Mee Rebus Mamak
sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
1 kg mee kuning - direbus

untuk kuah
Bahan dikisar halus
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 batang serai
1 cawan udang geragau atau 1/2 cawan udang kering
sedikit serbuk kunyit

Bahan lain
1 senduk cili kisar
2 sudu makan rempah kari daging
1/2 cawan kacang tanah (digoreng dan ditumbuk)
2 sudu makan tauhu (dihancurkan)
1 cawan kentang lenyek
gula, garam dan perasa

bahan tabur
telur rebus secukupnya
tauhu digoreng dan dipotong dadu
cucur udang - potong nipis
cili - dipotong nipis2
bawang goreng dan limau nipis
daun sup dan daun bawang
taugeh
limau kasturi

Cara-cara
Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau dan masukkan cili kisar dan rempah kari. Tumis lagi sampai garing/naik minyak.
Masukkan air dan bahan-bahan lain.
Biar kuah mendidih, sesuaikan kelikatannya dan tambah garam dan gula mengikut citara.
Siap dan boleh disajikan dengan mee dan bahan taburan.


sebenarnya minggu lepas CK asyik makan mee jer. Tapi beli laa...so hari ni teringin nk makan puas2 mee rebus ni, dan masak la sendiri. Akhirnya.... ermmm...diorang dah muak rupanyer !! 




Hari ni dapat rilex sikit !!!


4 ulasan:

  1. salam kenal..CK ni peminat mi nampaknya..sama le kita...nnti nk try mi rebus ni la..tq share resepi..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum akak...
    Wah tgkmee rebus yg akak buat tu buatkan perut nie berbunyi2.... Nampak sgt sedap mee rebus tu akak....

    BalasPadam
  3. Ngapela tak panggil akak soh dtg mkn....siannya penat2 masak tetibA diorg nak mkn nasi la pulak....hu hu....

    BalasPadam
  4. sedapnyer mee rebus...td tengok mee jawa sekarang ade mee rebus plak..aihh xbley jadi nie...bila nak merebus sama nie... :)

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡