Salam Ahad buat semua. Dah minum petang??
Hari ni CK rajin sikit buat kuih untuk minum petang. Menghabiskan stok labu dalam esbox. Tak tau nk buat apa, dan akhirnya setelah rodek2 resipi kat MYR, jumpalah satu respi dari Kak Fida ni. Best bingka ni, sbb tak guna telur. Rasanya tetap sedap, lembut dan lemak berkrim disukai seluruh ahli keluarga CK :)
Terima kasih kepada Kak Fida atas sumbangan resipi yang cukup sedap ni. Insyaalah akan dibuat lagi.
Bahan-bahan
250 g labu - tanpa kulit, direbus (CK kukus)
1/2 cawan gula halus
1/2 cawan santan pekat
3/4 cawan susu cair/sejat
1 sb susu manis
1/2 sk garam
1 cawan tepung gandum
1 sb mentega/majerin
sedikit pewarna kuning (CK tak letak sbb labu dah kuning/oren)
Cara-cara
Satukan kesemua bahan2 dalam blender dan kisar halus.Tuangkan adunan ke dalam mangkuk dan kacau hingga rata.
Tuang adunan ke dalam acuan/loyang yang telah disapu mentega/majerin/minyak.
Bakar pada suhu 160C selama 45 min atau hingga masak.
Sejukkan bingka,potong kecil dan boleh dihidangkan.
**Dengan resipi yang sama,labu boleh diganti dengan kentang,keledek kuning,merah/oren atau ungu dengan kuantiti yang sama
CK bakar garing sikit. Lepas tu makan time panas2...shedap nyer makan kerak !! hehehe.... (pastu pening kepala....)
Meh minum petang sama.. langit dah mula mendung tu.... oh tidak.... CK nk pegi jogging ni (membakar semula lemak2 setelah makan bingka ni....) hehehe...
salam maulidur rasul ck...liza xpernah lg buat bingka labu, biasa kalau beli labu pun, liza buat siro jer....
BalasPadamsalam Liza... saya suka betul makan sira labu..bestnyer time sejuk2 tu kan. Boleh dikatakan setiap minggu buat sira labu..hehehe...dan kali ni buat bingka plak..
BalasPadamSalam Maulidur Rasul..
BalasPadamsalam kenal jg
bingka labu memang sedap kan
akak sekeluarga pengemarnya, selalu wat makan2 pagi he he
cuma lum penah try resepi ni, insyaallah nanti nak ikut resepi yg ni pula..
Cakap pasal kerak2 tu alahai kecur air liur kak ros.
BalasPadamlabu tak boleh makan banyak,angin satu badan hahahaha..tapi kalau buat bingka tak gaknyer kan MAA....
BalasPadamTeringin nak buat tapi berat je rasanya
BalasPadamsaya pun tak pernah lagi buat bingka labu ni, memang jarang2 sangat beli labu. kalau beli pun biasa buat masak lemak... kalau ada nanti memang nak try resepi ni
BalasPadam