Salam Jumaat.
Suram hari ni..belum sempat kering semua jemuran, hujan dah turun..ermmm...cian kat hubby dan Irfan yang pegi sembahyang Jumaat naik moto. Harap tak kena ujan.
Hari ni CK masak lauk kegemaran masa kecik2. Sebenarnya sejak 13 tahun kahwin, CK tak pernah masak lauk ni. Entah kenapa masa ke pasar borong, nampak orang jual kulat sisir ni. Sekilo rm30.00 (uish..mahal gak kan)...CK ambik 100 gm = rm3.00. Dalam kepala mmg dah terbayang nk masak lauk ni. Tak lengah, terus ke bahagian ikan, beli udang.
Kari Udang Kulat Sisir
Sumber: Cendanakasih
Bahan-bahan
30 ekor udang sederhana besar
100 gm kulat sisir (direndam dan toskan)
1 biji tomato - dibelah 4
2 biji kentang- dikerat 4
4 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu kecil serbuk kaskas
1/8 cawan santan pekat (CK guna santan kotak KARA)
2 biji cili hijau- dikerat 2
Bahan tumbuk/blender
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan tumis
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil halba campur
3 biji cili kering-dipotong kecil2
2 tangkai daun kari
Cara-cara
Satukan serbuk kari dan serbuk kaskas dalam satu bekas.
Panaskan periuk,masukkan minyak masak dan biar panas sekejap
Masukkan bahan penumis
Tumis hingga kekuningan kemudian,
Masukkan bahan-bahan ditumbuk, bersama serbuk kari. Kacau rata
Boleh tambah air sedikit
Biar rempah masak/ hingga naik minyak.
Perlahankan api, masukkan air sebanyak mana kuah yang dikehendaki, diikuti dengan santan. Masukkan ubi kentang dan biar empuk.
Masukkan kulat sisir dan udang. Masukkan cili hijau dan tomato. Tambah garam dan perasa.
Kecilkan api, dan biar hingga naik minyak.
Siap.
Kalo kuahnya dipanaskan hingga pekat...pergh..mmg sedap makan ngan roti bakar ataupun roti canai.
sedapnyer gulai udang tu...hehehhe
BalasPadamtapi betul ke 1/8 cawan jer santan? sikit jer la erk gn santan?
Assalamualaikum akak..
BalasPadamsama gak kat cnie akak... mendung tp terasa bahangnya..
ermm.. sedapnya tgk udang tu akak...terliur tgk
Honey- yer..sikit jer...lagipun santan kotak kara ni mmg pekat, 100gm santan bersamaan 1 biji kelapa (katanyer laaa kat kotak tu...),, hahaha
BalasPadamDiana- gamaknyer 1 malaysia mendung kot ari ni..nk jenjalan kat taman sure kuyup nanti, so jenjalan kat shoping complek jer laaa... hahaha...
Assalamualaikum,
BalasPadamSedapnya dapat makan gulai dengan kulat sisir. Susah nak cari tak selalu jual. Kulat biasa tu senang tapi tak sama rasa kot.
CK...
BalasPadamKulat sisir ni..cendawan kukur tu ke...yg kecik2 tumbuh kat btg kayu tu...he he...kak cek pun tak arif sgt pasal nama cendawan2 ni...nampak sedap lak kak cek tgk ...masak kari udang ni...lapo perut rasanya...:)
citarasaku - yer kulat ni payah nk jummpa.. tadi ke pasar dah takde...cepat jer habis... selalu kat pasar tani ada jual
BalasPadamCik Cek - yer, kulat kukur la tu... yg tumbuh kat batang kayu lama..teringat time saya kecik2, bila ikut abah masuk utan, kitaorang mesti lepak kat mana2 pokok tumbang, pastu mesti mencari kulat sisir ni... mak saya selalu masak kari ngan udang jer...resipi lain tak pernah cuba plak...hehehe...