Rabu, 5 Oktober 2011

Roti Jala

Salam...

Hari ini bersarapan dengan roti jala frozen. Salah satu produk baru CK Frozen Food. Permulaan bulan yang baru ini, CK Frozen Food ada lebih kurang 5 produk baru iaitu Roti Jala, Masalodeh, Apam Polkadot, Apam Ayu,dan Donut.

Produk lama seperti karipap, cucur badak, bom bijan dan kuih rengas/kasturi pun masih ada, cuma CK ingin pelbagaikan produk untuk meluaskan pasaran...hehehe... Harga masih sama...jangan risau...takde kenaikan harga walaupun harga daging naik..hahaha... (harga daging naik rm1.00/kg mulai minggu lepas)



Roti jala ni kami makan ngan sambal sardin jer la...takde stok kari daging atau ayam. Serawa durian lagilah jauh...

Mesti korang heran kan...ada jugak roti jala frozen kan... hehehe... CK jual 15 biji = rm3.50 (tanpa kuah kari) Kalau nk yang ada kari ayam+ ubi kentang, lain ler harga. Ini budget kuih. 

Macam mana nk makan roti jala frozen? senang jer..keluarkan dari peti sejuk dan buang plastik sealer....kemudian kukus selama 5 minit. Siap dan boleh dimakan bersama kuah pilihan.



Ok....jemput jamu mata yer... CK nk sambung keje....masalodeh dan kuih rengas menanti untuk dikerjakan.. BYE !!!



3 ulasan:

  1. Salam Ck wah tahniah le akk mg selut pada Ck....kuat betul bekerja..Alhamdullilah murah rezeki..mboleh lah try roti jala frozen ni...menarik...

    BalasPadam
  2. tq CK sebab sudi jamu kami. Kenyang dah

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡