Selasa, 4 Oktober 2011

Gulai Pucuk Paku Ikan Masin

Salam...

Sure sume dah makan kan...dan CK baru berkesempatan nk tayang lauk2 hari ini. Sejak demam ni, tekak mula nk makan masakan kampung. So gagahkan diri masak sikit2. Mana nk siapkan tempahan frozen food lagi, nk masak lagi...jaga si Rayyan lagi....fuh...dah lebih kurang supermak dah CK ni. Cuma takde kuasa ajaib jer...wakahkahkah.


Pucuk paku ni dibeli di Pasar Tani Kinrara. Kali ini CK gulaikan dengan ikan masin duri. Resipinya macam biasalah kan. Kena ada cili padi, bawang, kunyit hidup dan santan. Meh tengok respi nyer.

Bahan-bahan
Pucuk paku (3 ikat) -dibersihkan
cili padi
kunyit hidup
Bawang merah
Bawang putih
Ikan Masin - dipotong
Santan kelapa (pekat dan cair)
Garam

Cara-cara
1.Tumbuk cili padi bersama dengan kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah
2.Masukkan dalam periuk bersama santan cair,  garam dan ikan masin.Didihkan sebentar
4.Masukkan pucuk paku. Tambah santan pekat. Kacau agar tidak pecah lemak.
5.Biar mendidih dan bolehlah diangkat

(tips: untuk mengelakkan santan pecah lemak semasa memasak, tumbuk cili padi+kunyit dan garam, kemudian masak seperti biasa, tak perlu tambah garam lagi)



♥♥♥

5 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    wah hari ni semua tayang gulai2 yeee rmh yati ada gulai kari nangka...sini pulak ada masak lomak sayur gan ikan masih pehhh mmg menyegat manu napk pulak asa sambal kupang lagi teliur

    BalasPadam
  2. assalamualaikum CK...aduh....masak lemak tu memang tak tahan betol kalau tengok...kene pulak hidang sambal tu...aduhhh..seb baik jauh...

    BalasPadam
  3. pergh.. makanan kg memang yang terbaik

    BalasPadam
  4. salam Noorma.sedapnya menu arini..tang sambal bacang tu dah kecur airliur k.atie...:D

    BalasPadam
  5. salam kak noor...
    kalau kat Melaka tu mmg ade je lauk kupang sambal petai... sedap2 :)

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡