Jumaat, 7 Oktober 2011

Puding Roti Sos Kastart

Salam Semua.

Dua tiga hari lepas ada beli roti gardenia, tp takde sapa pun nk makan (sbb stok makanan lain kat rumah banyak lagi) jadinyer ... tak laku ler roti tu..kesian plak kan... so buat lah puding ni. Semoga mendapat perhatian...hehehe...


Bahan-bahan
* Bahan A
* 500 ml susu segar/fresh milk
* 8 keping roti (gardenia/high 5)

* Bahan B
* 4 s/b gula halus
* 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
* 2 biji telur ayam
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 s/b tepung jagung
* 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
* 1 s/b buah pala *(optional)

* Bahan C-kuah
* 1 tin susu cair
* 2 s/b tepungkastad
* 2 s/b gula

Cara-cara
1. Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
2. Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
3. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
4. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
5. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.


Kuahnya sengaja dibuat kaler kuning, kasi gempak sikit...len kali kita cuba kaler lain plak yer... hehehe




12 ulasan:

  1. salam lama juga x buat resepi puding roti gan sos kasted ni..abh akk suka mkn ni..masa resepi ni kurkan peper kosmo dia pun ckp ila buat utk abh puding ni...padahal yg lekuar tu resepi ank nya...hehhe

    BalasPadam
  2. wooowooo..laam tak buat..rmh ni kalo roti cpt je habis, nak buat kuih kena sorok..hehe

    BalasPadam
  3. Teringin nak cuba buat bila tengok kuahnya yang warna kuning diraja tu......

    BalasPadam
  4. sedapnya..baru2 nie buat gak puding roti tapi terasa tawar la plak, rupanya lupa letak gula...hehehehe

    BalasPadam
  5. meriahnya puding roti dia...kalerpul gitu....nak cikit!

    BalasPadam
  6. Huhuhuuu..siap ada gravy lagi.. Best ni...

    BalasPadam
  7. Salam Norma...Ni akak dtg nih..nak bagi tau sar piah..hehehe...seronok betul akak dpt buat sendiri tau norma..akak pun mmg suka makan kuih nih...

    BalasPadam
  8. Salam Kak Norma, wah kuning diraja gitu. Kalau kat rumah kite, kite sorang je lah yang pulun. hehe :)

    BalasPadam
  9. salam cendana..wahh lama sungguh sy x buat puding roti...:)) nice sosnya!!!pekat likat memikat!!:))

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡