Assalamualaikum.. pagi Jumaat yang mulia ini diiringi dengan hujan rahmat yang mencurah2...sejuk..langsung ler budak2 tu tak pegi sekolah. Si Along ada acara senamaerobik, so tak brapa penting la sangat tak pegi, bukan belajar pun.
Dan...inilah breakfast pagi ni. Satu lagi produk frozen food dari CK. Order dah tutup yer..tunggu lepas raya baru beroperasi semula walaupun banyak permintaan untuk kuih sepanjang bulan puasa ni. Bukanlah taknk buat, tp CK dh terima banyak tempahan biskut. Mana nk sediakan juadah berbuka, mana nk buat biskut. Takut nanti semua tak sempat nk buat, dan CK beraya kat dapur bersama karipap dan cucur badak...kehkehkeh...
Kat bawah ni CK sertakan resipinya. Silalah mencubanya.
Bahan-bahan ( 4-5 org )
* Doh :-
* 185 gm tepung gandum
* 60 g majerin
* Garam
* Air Sejuk
* Inti :-
* *2 ketul dada ayam
* *1 ulas bawang besar
* 1-2 biji ubi kentang
* setengah cawan sayur campuran (karot, peas dan jagung)
* 1 sdb serbuk kari
* 2 sdb minyak penumis
* Sedikit garam
* Sedikit santan
Cara-cara
1. Doh :-
2. Gaul tepung dan majerin. Kemudian masukkan air dan uli la sehingga menjadi doh.
3. Terap bulat setelah dicanai dan masukkan inti dan lapis dua.
4. Tepinya dikelim supaya bulat.
5. Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan.
Inti :-
6. Potong dadu bahan2 yang bertanda * itu.
7. Masukkan air ke dlm serbuk kari supaya basah.
8. Panaskan minyak dan tumis kari tadi
9. Masukkan ayam dan sedikit air.
10. Apabila lembut boleh la angkat. Intinya mesti kering.
Ok... sampai sini dulu. Banyak kerja hari ni !!! Bye !!!
Salam ck- pepagi dah jegah dapur org ni...wahhh buat samosa...fv ni... yeeee...suka,,,,nnt nak odr jgk hee pasraye....
BalasPadamsalam ck...saya tak pernah lagi buat tembosa sendiri...teringin lak nak cuba buat...:)
BalasPadamLamanya kak cek tak dengo nama tembosa ni...seangkatan ngan epok2 ngan karipap...lain nama rasa serupa...fav kak cek...jarang2 buat...memang selalu ada frozen stok dalam fridge...he he he...:)
BalasPadamHujannnn...lebatnya....leh sambung tido ni...
akak.. saya buat bulat gini kan mmg tak jadi..senget benget.. lawa je karipap tembosa akak nih.. hehe
BalasPadamsalam ck - selamat menyambut ramadhan ...
BalasPadamAssalamualaikum akak..
BalasPadamwah comelnya... sedaap bf akak ari nie... ada lg x nie? diana nak ckit boleh? :)
meh campak 3/4 ketui heheheee
BalasPadamwah!! tembosa... kalau di Kuantan ni tembosa bulat ni dipanggil tembosa raja dan ada telor rebus dipotong bulat kat dalam dia... alkisahnya raja2 punya makanan kesukaan...
BalasPadamalahaiii sedapnya...tembosa..
BalasPadamSedapppnya kalau dpt tembosa nih tuk minum ptg ni... :)
BalasPadamComeyy jer bulat dia....
ck, selamat menyambut ramadhan
BalasPadamsalam kak ..sedapnya nampak kalau simpa frozen nanti nak makan ambil je kan
BalasPadamAssallamualaikum Noorma..
BalasPadamNaz tak pernah buat tembosa.. Makan pun tak pernah. Nanti nak tempah dgn CK lah lepas raya boleh ker? Jauh tu nak tempah..hehehee