Sabtu, 30 Julai 2011

Talapia Kukus Asam Boi

Salam... hari ni mendung jer, so mood masak pun macam sejuk la jugak. Tapi bila time lapar, barulah mula nk memikir nk masak sesuatu yang sedap dan cepat... ermmm... last2 masak talapia kukus asam boi ni.. wallah !!!


Resipi diperolehi di rumah Azlina@ Terminal Hijrah Terima Kasih, resipi yang sedap. My Jebat pun puji. Mana taknya, dia siap hirup lagi kuah tu..sedap katanya.

Bahan Bahannya
* 4 ekor ikan tilapia merah
* Sedikit cendawan hitam kering (direndam)
* Secekak kecil suhun (direndam)
* 8 biji asam boi
* 15 biji cili padi dihiris halus2
* 2 biji cili merah dihiris memanjang
* 1 labu bawang besar dihiris bulat
* Sedikit daun bawang dan daun sup dihiris halus
* 2 biji tomato dipotong bulat2
* 5 biji limau kasturi diambil jusnya
* 3 sudu besar sos ikan
* 1 sudu besar sos tiram
* 1/2 sudu teh gula

CARA MEMBUATNYA
1. Mula2 bersihkan ikan tilapia dan lumurkan dengan sos ikan, sos tiram, gula  dan jus limau dan biarkan ia seketika selama 15 minit aje
2. Sementara itu panaskan pengukus, tunggu hingga air mendidih
3. Cendawan hitam kering di celur supaya lembut sedikit & dihiris2kan
4. Letakkan semua bahan2 hirisan, tomato dan asam boi ke atas ikan tadi dan boleh la distimkan lebih kurang 12 minit bergantung kepada besar mana ikan tersebut
5. Apabila sudah masak, renjis2kan sedikit kicap cair ke atas ikan dan sedia untuk dihidangkan.






2 ulasan:

  1. wah! mesti sedap talapia kukus asam boi... kita belum pernah masak begini, nanti nak try...

    BalasPadam
  2. setahu nani la kan, ikan kukus asam boi ni ala2 chinese food.nani pernah jugak try...ada kelainan pada rasa ikan dan kuahnya...sedap!

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡