Rabu, 13 Julai 2011

Sambal Goreng Ikan Tilapia

Assalamualaikum buat semua kawan-kawan

Menu dinner malam ini, sambal goreng ikan tilapia merah. Teringin sangat. Tapi CK lebih teringin nk makan tilapia hitam, tp yang ada dalam kolam tu tak cukup besar la plak

Apa beza tilapia merah dan hitam? kalo untuk buat stim ikan tilapia merah ler yang sesuai sebab isinya lembut. Tapi kalau nk goreng atau buat sambal, sudah tentulah tilapia hitam yang lebih sesuai kerana isinya pejal dan manis.. wallah...

Namun tilapia merah lebih mahal berbanding hitam. Ikut price Jebat, yang merah boleh mencecah hingga rm15.00 sekilogram (ni ikan organik, bagi makan pallet, sbb tu mahal sikit)  Setiap seekor ikan seberat 1.5kg sampai 2 kg (bukan ikan bersaiz kecik mcm kat kedai tu yer....)

ni pun saiz kecik ..dalam 700gm jer..cukuplah buat kami sekeluarga


Oklah... respi sambal goreng biasa2 jer.. mula2 siang ikan, bersihkan ikan dan lumur dengan garam dan serbuk kunyit dan goreng sampai garing.

Lepas tu tumbuk bawang putih dan bawang merah berasingan. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Tumis bawang putih sampai kuning/naik bau kemudian masukkan cili kering kisar dan bawang merah yang ditumbuk. Masak sampai pecah minyak, kalo tidak nanti bau cili tak sedap. Masukkan sedikit air, dan tambah air asam jawa kalau suka. Letak garam dan perisa. Biar kuah kering sikit, kemudian masukkan ikan. Gaul rata dan siap !!!

Ini lauk2 sampingan malam ni. Ada telur dadar dan tomyam daging. Cukuplah untuk malam ini... (hehehe...dh dua hari asyik makan ringkas jer, gara2 CK sibuk siapkan tempahan frozen food)



3 ulasan:

  1. salam Noorma..untungnya ada kolam ikan sendiri..klu teringin..sauk jer kat kolam.K.atie pon suka ikan talapia tp kat pasar jumpa yg kecik jer...xbest nk buat bakar.

    BalasPadam
  2. ok la tu masak simple2 pun kekadang berselera juga makan. Ikan talapia mmg sedap buat sambal, tak sesuai msk cara lain....masa kat selangor selalu beli. Kat sini susah skit nak jumpa...

    BalasPadam
  3. selamat pagi ck,
    kita suka sangat talapia hitam tu... goreng pun sodap! buat sambal lagi sodap!

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡