Selasa, 12 Julai 2011

Air Limau Asam Boi

Salam... panas betul hari ni. Mesti tekak kering kan...Meh jamu dengan air limau asam boi ni.




Bahan-bahan
2 biji limau kasturi
2 biji asam boi (putih)
1/2 sudu besar gula
1/2 sudu besar serbuk asam boi
ketulan ais secukupnya
1/2 cawan air suam

Cara-cara
Rendam asam boi dalam air suam selama 2 minit
Kemudian, masukkan gula gula dengan air dan serbuk asam boi. Kacau sampai gula larut.
Perah limau kasturi
Masukkan ketulan ais. Boleh tambah air lagi.
Sedia dinikmati.



CK baru jer dapat rilex ni setelah dua hari berhempas pulas siapkan tempahan frozen food. Kali ni order dari geng2 TNB la plak (gara2 my Jebat promosikan produk kat kengkawan dia) Nah..sekali dapat order...beratus ko...sampai CK terpaksa telan ubat tahan sakit dan ubat demam, gara2 badan dah terlampau lemah !!
OK...sampai dulu. Jemput minum yer !! 




6 ulasan:

  1. salam Noorma,nampak jer perkataan asam boi berdesup k.atie kesini.Sedapnya..cam terasa2 kat tekak k.atie nih!hihi

    BalasPadam
  2. akak..nak segelasss,..
    besarr punya....

    BalasPadam
  3. assalam kak noorma...sedapnya minum tengah2 hari yang panas ni...

    BalasPadam
  4. nampak je tajuk asam boi dari cendana kasih kat blog kak es ... terus datang dengan berdecit2 mulut ni. ngencessss...

    mmg favourite la sangaattttt

    BalasPadam
  5. sedapnya..saya suka air ni

    BalasPadam
  6. memang minuman penghilang dahaga ni norma..best.sedap.:)

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡