Khamis, 12 Mei 2011

Nasi Lemak

Selamat Pagi semua...

Hari ni ter’lebih’ rajin sikit. Masak nasi lemak plak. Dah lama jugak tak buat nasi lemak ni. Teringin nk makan, dan dh cari nasi lemak yang sedap kat luar tp bila sampai kat gerai nasi lemak tu, penuh la plak orang beratur... so malas ler aku....

Nasi Lemak yg sedap kat mana ek? Ada yang kata kat Jalan Tangling KL. Nasi Lemak Antarabangsa- yg diakui ramai kesedapannya (tp aku belum pernah rasa lagi).

Bagi aku- suka makan nasi lemak kat Taman Tenaga Cheras. Pakcik ni niaga sebelah malam jer..mula jam 6 petang sampai 9 mlm. Tp sblm pukul 9 pun nasi lemak dia dah sold out. Lokasi, depan kedai akuarium, kedai kasut Taman Tenaga. Lorong belakang sekali. Dulu ada Bank Pertanian kat situ. Sebaris dengan kedai Magnum.

Pagi ni, meh jamu selera ngan nasi lemak CK (cendanakasih) Ada lauk ayam goreng, ada lauk paru. Pilih-pilih.


Paru goreng tu merupakan lauk wajib kalo buat nasi lemak. Kegemaran kami sekeluarga

Sambal tumis ikan bilis ni kena buat lebih. Kang boleh makan ngan roti gardenia. Kalo rajin sikit, boleh buat pau sambal (kalo rajin ler...dalam cuaca panas cenggini, sume malas)


Anak-anak pun bawak bekal hari ni



Ok...slamat menjamu mata. Kalo dekat, bolehlah datang makan kat rumah !!! hehehe

7 ulasan:

  1. Salam slm pagi
    pehhhh ada nasi lemak le pepagi ni..lama sudah x mkn ....sambal tu npk menyelerakan..kalau dekat dah pasti dtg hulur pingan....

    BalasPadam
  2. Kak Sheila- dh macam pantun jer ayat2 tu..hehehe...

    BalasPadam
  3. wahhhhh..sedapnya..
    nak sarapan rumah akak lah....

    BalasPadam
  4. ni aku datang bawak kopo o je..nak makan nasik lemak ko..nasik & ikan bilis lebnih yer..nak lauk paru..huhu

    BalasPadam
  5. salam kenal..sedapnye...sy pun kalau makan nasi lemak mesti nak ada paru goreng..br lagi slera..he3

    BalasPadam
  6. Pergh, paru goreng mmg superb makan dgn nasi lemak.

    BalasPadam
  7. Saya sokong, memang nasi lemak ni nampak sedap sangat.

    Saya pula suka nasi lemak letak kacang banyak2. Baru terangkat ;)

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡