Selasa, 3 Mei 2011

Bun Inti Coklat, Sardin dan Sosej

Salam... akhirnya, setelah berbulan-bulan bercuti Breadmaker ku kembali bekerja. Lama tak buat roti, padahal barang-barang sume ada. Asyik beli jer .... Bukan apa, blade dia selalu tercabut bila proses mengadun roti. Tu yang fed up tu.. Rasa nk lekatkan dengan gam gajah jer kat blade tu.. eee...menchi betul laaa....


Bahan-bahan
140ml air
20g telur
250g tepung roti
20g gula
4g garam
25g mentega
3g (1 sudu kecil) dry yeast
8g susu tepung
1 sudu kecil bread softner
1 sudu kecil bread improver

Bahan-lain – pes coklat atau apa2 inti kegemaran

Cara-cara
1.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam breadmaker kecuali sosej. Ikut arahan pd breadmaker untuk buat doh roti
2.Bila dah siap, keluarkan doh dr breadmaker. Tumbuk-tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagiankan kepada 16 bahagian. Buat bentuk bulat dan rehatkan selama 10 minit.
3.Ambik sebiji doh dan letak inti. Biarkan roti naik sehingga 2 kali ganda.
4.Bakar dengan suhu 180C selama 12 minit. Biarkan dalam oven lebih kurang 5-10 minit selepas dibakar utk kelihatan lebih perang.
5.Keluarkan roti dari oven dan sejukkan, dan sapukan dengan susu cair untuk kilatkannya


Inilah dia rupa isi perut bun coklat tu.  Resipi pes coklat ni aku ambik kat rumah Anna Qawina. TQ Ana..


CHOCOLATE FILLING
Sumber : PN AZLINA ALIAS@Kongsi resepi

Bahan-bahan :
* 250ml susu sejat
* 180ml air suam
* 150gm gula halus atau gula kastor..boleh tambah sedikit jika nak manis
* 60gram mentega
* 60gram serbuk koko
* 70gram tepung jagung
* 1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :
* Campurkan susu,koko, air suam dan tepung jagung.Kacau
* Tapis kedalam bekas berisi gula..
* Kacau dan pekatkan diatas api..guna api perlahan
* Kacau sampai pekat
* Campurkan mentega dan esen
* Kacau sebati dan tutup api..sejukkan



Selain bun coklat, aku buat gak bun sosej dan bun sardin ni. Anak2 aku tu bukannya boleh dengan satu rasa jer. Diorang nk pelbagai pillihan....kengkonon macam kat bakery tu...boleh pilih macam2.



Aksi anak-anak. Irfan balik jer dari tadika terus bedal 2 ketui. Si toncet tu biasalah...dok mengacau...aku pun kurung ler dia dalam baby court tu...hehehe


OK..sampai sini dulu.......

8 ulasan:

  1. weh..aku baru bukak blog harini...ko dah buat filling tu eh..lain kali kalo nak buat tuk boh dalam roti ko lebihkan tepung jagung..bg kental sikit..yg aku baut kali ke 2 tu elok2 je nak masukkan dalam bun..tp malasd lak nak update..hehe..

    haritu aku tambah tpg jagung jd 70 grm & gula 160 gm..mmg seedap...hehe..sori ek..aku baru balik dari kampong...

    tp kalo nak sapu kat roti mmg sedap kan...

    BalasPadam
  2. Wah! Macam2 bun ada kat sini...anak2 pun suka makan....bila diorg ni suka makan...kita pun sukala masakkan...:)

    BalasPadam
  3. Salam....bestnyerr...nk cikit..

    BalasPadam
  4. BM ita pun lama dah rehat.. Nampak roti akak ni mcm nsk buat roti plak.. :) cantik gambar2 akak sejak guna dslr ni..:)

    BalasPadam
  5. lame weihhh aku tak meroti dah....

    BalasPadam
  6. hhaaaaa....ambikkkk kau...
    sekali meroti....macam2 jeniss ada....he..he....
    cantik2 la roti akak tu....

    BalasPadam
  7. perghhh.....
    meleleh air liuq tgok roti yg fillingnya cekelat tu...terasa kat tekak nie....

    BalasPadam
  8. masa kat um aku suka sgt bun sweetie yang ada coklat tu..pagi ptg malam makan..sedap tul

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡