Isnin, 25 April 2011

Kuih Dadar Pandan

Salam... orang lain tengah kecoh buat kuih dadar coklat tu...tp aku ni masih dalam gua. Cari pintu tak jumpa...so buatlah kuih dadar biasa jer..


Bahan Kulit [batter]
1 cawan tepung gandum
1 cawan air jus pandan
[mesinkan 5 helai daun pandan + 1 cawan air dan tapiskan]
1/2 cawan santan/susu segar
1 biji telur
beberapa titik pewarna hijau dan pandan emulco
secubit garam

Bahan inti:
150 gm gula merah
3 s/b gula biasa
1/2 cawan air kelapa muda [jika ada]
½ biji kelapa parut muda
1/2 cawan isi durian

Cara:
1. Untuk inti, masukkan semua bahan inti ke dalam periuk.
2. Kemudian masak di atas api yang sederhana dan kacau agar sebati dan melengas. Angkat dan ketepikan.
3. Untuk kulitnya, masukkan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapiskan
4. Panaskan non-stik pan yang telah dilengser dengan sedikit minyak.
5. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
6. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
7. Masukkan inti di tengah-tengahnya.
8. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan lalu gulungkan kemas-kemas.
9. Lakukan sehingga selesai dan hidangkan.



dapat la dalam 10 bijik.. cukup la untuk keluarga kecik kami ni... sekadar alas perut waktu petang :)


Ok... sampai sini dulu yer....   Ambik sorang seketui yer..jangan gaduh-gaduh.

4 ulasan:

  1. adehh nk amik tp xsampai..;)

    BalasPadam
  2. amboi noorma,sejak2 ada toy baru ni,bukan main cantik lagi gambo2nya ya..hehe
    sampai kan berselera sungguh akak tgk kueh dadar nih..

    BalasPadam
  3. kak norma...kuih peberet mas ni...
    nak sepinggan....

    BalasPadam
  4. nak tumpang dok dlm gua jugak!!! mokwo pun masih setia dgn kuih dadar pandan nih..cukup sesuai dgn anak tekak ku!

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡