Huh... mencabar betul lari ni. Seawal 6.30 pagi dh start masak. Sebabnyer Si Ryan tu dh buat hal. Ye lah, papa dia dh start keje, abang dan kakak dia dh pegi sekolah. So mati kutu ler dia..mula ler melalak mintak dukung 24 jam. Sib baik aku dh ready sume.
Hidangan nasi ayam kali menggunakan ayam panggang, ikut respi ayam panggang Kenny Roges. Mmg dh tertawan dengan resipi ni. Aku perap sejak malam tadi. Pagi ni cuma bakar jer. Huh...terbau satu taman. Mungkin ada yang kehairanan, sapa la yang buat bbq pepagi buta ni...hehehe
Resepi Ayam Panggang Kenny Roges
* 1 ekor ayam
* Bahan-2 untuk make up ayam :
* 3 biji bawang besar
* 4 biji bawang putih
* 1 inci halia
* 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
* 2 sudu besar madu
* 1 ketul kiub ayam Knorr
* 2 sudu besar gula pasir
* 2 sudu besar herba campuran-ganti dengan oregano dan basil kering
* 1 1/2 sudu teh garam halus
* Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
* Sedikit mentega
1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
3. Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
5.Hidangkan dengan nasi, sup dan lain2.
Untuk sup, tumiskan bawang putih dan lada sulah sampai naik bau. Kemudian, masukkan air dan masukkan tulang2 ayam. Reneh selama setengah jam. Tambah kuib ayam dan garam Siap. Masa menghidang, tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng
Ok...jom jamu mata.
kak norma, tumpang makan kt sini, sedap tu ayam panggang kenny rogess...
BalasPadamsedapnya...lapar buatnya..frst time singgah sini....lov all ur recipes....
BalasPadamwill keep following u!
http://subhieskitchen.blogspot.com/
so yummy!
BalasPadamaku msk sup ayam sajok. kang nk g delivery ke sklh. hrni bebudak tak blk....
maaf yer k.noorma
BalasPadamter'AKU' pulak..
:(
semalam pun buat nasi ayam gak..masakan yang paling senang dan anak-anak pun suka
BalasPadam