Isnin, 10 Januari 2011

Cekodok Oat Pisang

Salam Isnin buat semua. Hari ni bersarapan dengan cekodok aot. ??? jangan tak percaya...


Tujuannya memvariasikan kegunaan oat. Kalau buat bubur jer tentu bosan dan muak makan. Kat tv pun ada rancangan masakan yang menggunakan aot. Buat ayam goreng, roti dan lain2.

Cara masak sama jer ngan cekodok biasa tu, cuma tambahkan sedikit aot dalam adunan pisang tu. Kalau biasanya 1 cawan sukatan tepung gandum digunakan, tp kali ni letak setengah jer, setengah lagi gunakan oat. Boleh juga dikisar halus jika ada kerajinan. Tapi ni aku tak kisar pun, campak jer.

Hasilnya? sama jer ngan cekodok biasa. Takde beza pun, cuma lebih berkhasiat ler..Lepas ni akan guna oat untuk buat cekodok ikan bilis dan lain2 kuih tradisional.

1 ulasan:

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡