Sabtu, 8 Januari 2011

Bingka Ubi Kayu

Minum petang hari ini, makan kuih tradisional plak.. Bingka Ubi Kayu.. uish..jenuh nk dapatkan ubi kayu ni. Mesti ke pasar borong baru jumpa. Sekilo rm2.00.  Kalau kat pasaraya area umah aku ni, payah ler nk jumpa.


Ni resipinya, ambik kat MYR... Akceli aku buat 2 bekas. Satu bekas lagi aku bakar garing sikit, sampai berkerak. Bila masak jer, cepat2 potong dan makan...ermmm...sedapnyer kerak panas. Berebut ngan anak2.

Bahan-bahan
* 2 kilo ubi kayu kuning @ putih.
* 2 1/2 cawan gula pasir
* 4 1/2 cawan santan pekat
* 1 sudu teh garam
* sagu dari ubi kayu

Cara-cara

1. ubi kayu dibuang kulit dan dibersihkan.
2.kemudian sagat ubi dgn sagat kelapa.
3. setelah habis sagat perah ubi dgn kain bersih utk mengeluarkan airnya.
4. air dari perahan tadi jangan terus dibuang.biarkan 20 min di dlm mangkuk @ besen.
5. setelah itu tuang air perahan tadi perlahan2 dan kita akan dapati sagu ubi kayu.
6. kemudian campur ubi kayu,sagu,gula,garam dan santan.gaul hingga sebati.
7. tuang adunan dlm acuan yg telah disapu dgn minyak kelapa @ butter.
8. bakar dlm oven 180C selama 11/2 jam @ sehingga masak.


Masa kecik2 bila mak buat kuih2 tradisional cenggini, aku tak brapa suka makan. Kengkadang tu tak sentuh pun. Mana taknya, masa kecik2 dulu, payah aku nk jumpa burger, nugget dan segala macam benda jajan lain. Kalau ada pun, kat kedai runcit cuma jual keropok jer. Aiskrim pun setakat aiskrim Malaysia jer.

Tapi kini anak2 suka plak makan kuih tradisional ni. Gamaknya dh jemu makan nugget, sosej dan lain2 makanan segera. Diorang mmg suka kuih terutama karipap, donut, cekodok dan kuih2 kukus. Cuma mak diorang jer yang malas.

Ok...gambar kat ayas tu hidangan untuk abang Jebat. Ada jugak jagung rebus (beli jagung tongkol kat pasar malam hari Jumaat kat PUJ ni. So hari ni aku rebus ler) bersama Nescafe panas mug beso.

Lambat sikit Jebat balik hari ni dan aku mmg dah plan tak masak nasi.....malam nanti masak special la sikit...hehehe....



*** Gambar tak brapa cantik, sbb potong masa masih panas dan nk cepat letak dalam pinggan. Masa potong bingka melekat2 pada pisau. Tu yang nampak sumbing semacam jer...aghh....tak kisah ler..janji sedap makan..heheh

9 ulasan:

  1. kak...jadi lepas perah ubi tu, hampasnya buang yer, ambik sagu ubi yg dlm air perahan tu ke...air perahan pun tak nak kan...
    mas suka bengkang ubi ni, tak pernah wat..tu yg tnya...
    meleleh air liur dah ni tengok bengkang akak...ambik seketul bolehh...he..he..

    BalasPadam
  2. mas baru fhm, yg tak nk air yg sekali ngan sagu ubi.....
    hampas ubi nak dan sagu ubi pun nak kan....
    betull kak...

    BalasPadam
  3. adus gemuk saya duk blog nie hehehhe

    BalasPadam
  4. mas- yer...ubi tu lepas parut, perah airnya.. hampas tu simpan...

    pastu air yang diperah tu biar sekejap, nanti Mas akan nampak sagunya turun (ada 2 layer).. air yang kat lapisan atas tu mas buang ler...yang lapisan bawah tu mas ambik..

    harap Mas faham.. akak pun bukan reti sangat nk explain..takpe..ambik ler 3 ketui buat lepas kempunan..hehehe

    Kembara Perantau..ala, setakat tengok gambar, takdenyer gemuk dik oiii...meh umah akak, leh rasa..hehe

    BalasPadam
  5. oh kak...oh kakkkk...terliurnyerrr..sob sobb..ubi kayu ada nih..tp oven letrik lak wat hal..bakar guna oven dapur gas ok tak ek?heheee..

    BalasPadam
  6. salam kak Noorma, sedap ni saya pun dh pernah buat...suka part kerak2 tu...emmm terliurla pulak...hehe

    BalasPadam
  7. nyesal tadi masa singgah dengkil tak beli ubi kayu.Cantik cantik sb baru di gali.Bila lihat bingka ni teringin la pulak..

    BalasPadam
  8. Salam Noorma,
    Bingka ubi mmng kegemaran akak tau....terliur je tngk...kalau dpt seketoi ni bestnya..

    BalasPadam
  9. musim hujan ini kalau pekena ubi kayu kan bestttt... susah tul kakwan nk cri ubi kayu kuning kt KL ni,,

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡