Jumaat, 12 November 2010

Kuih Dangai

Salam semua..dh minum petang? hari ni mood ada bagus sikit..mana tak bagus, dh masyuk kan...hehehe... balik dari deliveri tart tadi, terus buat kuih dangai ni (singgah kejap kat kedai beli kelapa parut) siap pesan kat adik yg parut kelapa tu "adik, akak nak yang kelapa putih jer tau, yg macam kulit anak akak ni takmo" (refer to Along) hehehe...


Inilah kuih kegemaran aku dari kecik. Dulu arwah abah slalu beli kuih ni tiap kali ke pekan sari. Resipinya aku copy dr sini Dulu pernah buat kuih ni, tp buat dalam acuan tart. Tapi skang dh ada acuan. Aku beli kat kedai perkakasan dapur kat Sungai Besi nun. Beli satu set jer, dapatlah 5 set skali buat. Cukup lah..

BAHAN-BAHANYA:-
1 peket tepung pulut
3 biji kelapa parut muda (putih)
4 sudu besar gula putih
Gula merah atau gula melaka secukup rasa.
Sedikit garam.

CARANYA:-
1 Gaulkan tepung, kelapa, gula dan garam
2. Bahagikan kepada 2 bahagian
3.Tekan bahagian 1 dalam loyang yang telah disapukan dengan butter/ minyak. Kemudian taburkan sedikit gula merah/ melaka.
4. Tuang bahagian 2 di atas gula tadi dan tekan sedikit supaya mampat. Bila potong nanti tak terlerai.
5. Bakar dalam oven 180°C hingga masak. Bahagian tepi kekuningan.


Sepatutnya bakar dengan arang, atasnya plak letak bara tempurung kelapa..tp kat sini mana nk cari mende tu sume, so masuk dalam oven je lah..

5 ulasan:

  1. akak ini peberet saya....sedapnya akak... yummy...akak ader loyang dia ker? bestnya

    BalasPadam
  2. akak, peberet mas gak kuih ni....selalu beli jer...tak reti nk buat....

    BalasPadam
  3. kaaak..sedapnye kuih dangai...dulu masa kecik2 arwah mak selalu buat..

    BalasPadam
  4. Salam Noorma,


    Kena cuba ni. Mak kRina tercari2 kuih ni kat pasar malam. Dah tak jual dah..


    Acuan tu di kedai perkakasan dapur di Sg Besi aje ke?

    BalasPadam
  5. Kasih D Hati, Mas, Azee - skang ni teringin plak makan kuih tradisional dolu..masa kecik2 tak heran sangat kuih kampung ni, tp bila dh duduk KL, susah nk cari kuih kampung ni, baru lah belajar buat sendiri.. moral of story-hargailah apa yang ada didepan mata..kahkahkah..

    Kak Rina - entah la kak, saya beli kat kedai di sungai besi tu sbb saya tanya kat penjual kuih ni, mana beli acuan tu..so dia tunjukkan kedai, terus ler saya pegi beli..kahkahkah..kan dh ilang satu costomer !!!

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡