Jumaat, 8 Oktober 2010

Oat & Pear

Salam Semua.. Dh breakfast ke? tentu sedap kan kalo makan nasi lemak dengan sambal sotong ataupun menjamu roti canai bersama teh tarik. Wallah... tak hengat donia makan. 


Tapi aku skang ni nak ubah sikit tabiat breakfast macam tu. Dalam usia 30 an ni kena berjaga2, penyakit cepat jer hinggap. Oleh itu, persedian awal untuk cegah penyakit 3 serangkai tu (jantung, darah tinggi, kencing manis) Biarlah sekali sekala jer breakfast berat. Ataupun bersarapan dengan anak2 setiap hujung minggu jer.

Kalau hari2 biasa macam ni, inilah breakfast aku. Oat dengan buah2. Dan hari ini aku buat minuman oat dengan buah pear pulak. Dah 2 hari minum air ni. Rasa macam sedap la plak.

Senang jer nk buat. Mula2 kembangkan 3 sudu besar  oat dengan air panas. Lepas tu potong 1 biji  buah pear dan masuk dalam blender. Tambah susu cair rendah lemak dan sedikit gula. Kisar sampai halus. Dan sedia diminum. Aku suka yang suam. Sedap jer...tak percaya? cubalah...  Oat ni mengenyangkan ... tahan sampai tengahari. So tak payah nk fikir makan itu ini menjelang makan tengahari....


*** Jangan ingat aku tak buat breakfast untuk anak2 dan hubby. Diorang macam biasa akan breakfast kat umah. Masak tetap masak, tp aku sedikitkan kuantitinya. Biar diorang habiskan semuanya. Kalau aku nk rasa pun, setakat sesudu dua jer..Ada lebih, aku siap tapau. Lepas tu aku minum ler air oat ni. hahaha..ni satu tips untuk elak obesiti (jangan tergoda dengan makanan yang berlebihan)

4 ulasan:

  1. wah kak, kalau mas tak tahu nak cakap pe, mesti nk makan berat sikit,memang elok oat ngan pear tu...

    BalasPadam
  2. Mas, akak dh biasa tak ambik breakfast pagi2, kalau banyak kerja (buat tempahan coklat, kuih) cukup sekadar makan 1 keping roti ngan air teh dan tahan sampai tengahari, Tapi kalau mengadap tv mmg la terasa lapar..kejap2 nk makan, tambah plak tgk citer masakan..lagi la berkeroncong jer perut...

    BalasPadam
  3. ni memang betul-betul diet kamu ni..baguslah..tentu sekarang dah slim melim

    BalasPadam
  4. Kak Ina - tak selim pun..setakat jaga kolesterol dalam badan jer.. kalo nk selim melim tu kena ke Slim World la kak..ooo...tak mampu oooo . Baik beli susu ngan pampers anak..hehe

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡