Jumaat, 8 Oktober 2010

Cucur Jagung

Hujan lebat yang mencurah2 diselang seli dengan guruh dan ribut petir baru saja selesai. Semua penghuni rumah ni lelap tido kecuali Jebat, melayan kolam ikan dia.

Pagi tadi tengok kat blog kawan aku, Rozaida- dia buat cucur jagung. Wah..sedap tu. Lama dah tak makan. Cari2 jagung dalam esbox. Yes..ada !!!

Cicah ngan sos cili.

Bahan-bahan
-1 cawan tepung gandum
-segenggam udang kering- ditumbuk sedikit
-1/2 cawan jagung (aku guna jagung biji, so tumbuk2 sikit)
-1 biji bawang besar - dipotong dadu kecil-kecil
-1 sudu besar pes cili (boleh gak pakai cili hidup,potong dadu)
-sedikit daun bawang&daun sup - dipotong halus
-garam, perasa
-air secukupnya

Cara-cara-Gaul semua bahan2 sampai sebati. Jangan ler keras sangat jer..kang tak sedap
-Tambah garam dan serbuk perasa jika suka
-Panaskan minyak dan goreng cucur sampai keperangan.
-Siap dan bolehlah dihidangkan.

Buat 2 versi, satu yg bulat2 untuk anak2 dan yang leper,garing utk my Jebat


** Hari ni ada pasar malam. Nk pegi lagi ler..beli apam balik pulut hitam

4 ulasan:

  1. cucur jagung cicah dgn sambal udang pun sodap.

    BalasPadam
  2. Apa2 sambal pun sedap, sambal ikan blis, sambal udang..pergh...tak sedo diri makan...hehe

    BalasPadam
  3. dah aku agak...mesti ko terliur nengok cucor ni kat blog aku. slmt makan

    BalasPadam
  4. dah aku agak...mesti ko terliur nengok cucor ni kat blog aku. slmt makan

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡