Selamat pagi semua... ini breakfast kami 3 beranak pagi ni. Untuk anak2 aku buatkan sandwich telur goreng ni. Ala-ala roti john sardin gitu (kes takde roti hotdog ler...) tapi bila dah diletakkan mayonis dan sos cili, habis jugak diorang makan.... harap2 kenyang sampai tengahari.
Buat 5 keping roti, untuk anak2 seorng 2 keping dan untuk aku cukup ler sekeping. Resipi sama jer ngan roti john hari tu. Cuma ni guna roti gardenia. Disebabkan anak2 memang tak makan segala sayur, so takde lah bahan penghias nyer...
Ni plak sukun goreng. Sedapnyer..dh lama tak makan sukun. Aku goreng sikit jer, saja la nk test dulu. Rupanya budak2 ni suka la plak. Takpe, petang nanti kita goreng lagi yer... Sukun ni Hang Jebat beli kat Semenyih, sama la ngan petai semalam tu.
Oklah..nak masak pulak ni. Hari Jumaat cenggini selalunya Hang Jebat balik lambat sikit. Mmg bos dia bagi kerja lebih kalo hari jumaat. Macam dengki jer ngan pekerja nk pegi semayang Jumaat. Biarlah dosa dia yang tanggung kan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡