Jumaat, 11 Jun 2010

Mee Kari Penang

Semalam dh puas makan nasi, hari ni masak mee kari plak. Stok kerang yg 2 kilo tu ada lagi, mmg kena kalau buat mee kari ni.


Hajat dihati nk makan mee kari kat chinese restaurant favorite kami tu, tp takut plak si Ryan takmo duduk diam. Yelah, baby masih kecik lagi, susah sikit nk makan kat luar. So, peram dulu keinginan tu. Bila dia dh ok sikit, nanti selalu ler kami makan kat luar. Skang ni kalau beli makanan luar, tapau jer balik umah.



Meh tengok resipi mee kari ni. Kat bawah ni resipi asalnya, tp aku dh tambah ngan meat ball. Sepatutnya makan ngan sos cili tu, tapi aku dh malas nk buat, makan jer la ngan sambal kicap. Dh jadi mee kari jawa ler plak..layan ler...

Bahan- bahan.
- 1 kati kerang ( direbus dan buang kulitnya)
- 500g udang ( kukus dan buang kulit) – kepalanya ketepikan
- 500ml air – campurkan dgn kepala udang.jadi stok udang ( tapis airnya tau)
- 4 atau 5 ekor kepala sotong ( optional)
- 100g taupok
- 1 kg mee ( dicelur) –
- 4 liter santan

Bahan kisar.
- 10 biji bawang merah
- 3 ulas bawang putih
- 3 sdbesar biji ketumbar
- 4 sdbesar pes cili
- 1 batang serai
- 10 biji lada hitam
- belacan anggaran ? sdubesar

Bahan Hias/tabur
- 300g isi ayam ( yg dah disiat2)
- taugeh (dicelur)
- hirisan limau nipis / kasturi
- hirisan tauhu goreng- hirisan telur rebus
- bagi yg hantu podeh, boleh tambah lagi potongan cili api

Sambal cili
- 5 sdbesar pes cili ,
- 1 ulas bawang putih (ketuk) dan minyak
- tumis sampai pecah minyak.Kalau nak masin, bubuhlah sedikit garam

Cara membuat
1.Tumis bahan kisar sampai garing dan naik bau.
Masukkan garam, gula (lebih bagus kalau guna gula batu) dan separuh dari santan. Biar sampai gula hancur.
2.Kemudian masukkan santan selebihnya . Bila mendidih, masukkan stok udang. Biar mendidih perlahan2. Angkat.
3.Bila nak makan, letakkan mee dlm mangkuk,taburkan taugeh,isi ayam, isi udang tadi atau bahan2 lain yg disukai.Masukkan kuah.Siap
(Sambal cili diletak masa nak makan.)





Ok.... selamat menjamu selera !!!





2 ulasan:

  1. Salam... sedapnyer mee kari... dah lama xwat...nk sikit boleh ke

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡