Rabu, 9 Jun 2010

Kunjungan Cikgu Wati dan Cikgu Ann

Hari ni aku menerima kunjungan dari kengkawan lama, Ann dan Wati. Kini mereka bergelar cikgu. Seronok dengar pengalaman mengajar murid2 di sekolah. Rupanya bukan senang jugak nk jadi cikgu ni. Tension jugak dengan pelbagai kerenah murid2.

Inilah sebahagian menu yang aku hidangkan untuk 2 sahabatku itu.Bihun sup ayam, blueberry cheese tart, tauhu sumbat dan air sirap laici. Ringkas dan senang. Maaflah yer Ann, Wati, takleh nak masak beria2. Nasib baik ler si kecik ni ok hari ni. Pukul 7 pagi, baru start masak.

Sebenarnya dah lama plan nk buat blueberry cheese tart ni, tp mood mengetat belum sampai. Bila dh ada tetamu nk datang ni, terus jer buat.

Bihun sup. Menu utama hari ni. Malas plak nk masak nasi, bukan apa, tiap kali kengkawan datang, aku jamu nasi. Kang naik muak la pulak kengkawan aku nk makan nasi jer.. so hari ni, buat la bihun sup plak. Sori, gambo bihun dan kuah supnya tak sempat nk snap. Hanya amik gambo bahan perencahnya saja...

Tauhu sumbat. Kebetulan dah beli banyak tauhu, so aku buat la tauhu sumbat ni.. tambah2 menu.

Lawan tauhu sumbat, ngan kuah kacang ler... tak mo ler ngan sos cili. Dah biasa kot...




p/s: Ok..inilah cerita hari ini. Harap kawan2 aku tu berpuas hati dan tak serik nk datang lagi umah aku. Lain kali aku masak nasi biryani plak yer..tunggu anak aku beso sikit..hehehe....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡