Khamis, 10 Jun 2010

Hari banyak lauk

Alhamdulillah, kami sekeluarga baru selesai makan. Korang macam mana? dh makan ke? Hari ni aku terlebih rajin sikit. Banyaknya msak lauk sampai tak sedar penuh meja. Lauk2 kami hari ini ialah Ikan Tenggiri Masak Lemak ngan nenas, Sambal Udang Petai, Kerabu taugeh ngan kerang, telur asin, sambal kuinin ngan ulam kacang botol dan timun...hah, amik ko, bertambah2 laki aku makan. Suke tengok perut dia membulat..wakahkahkah....

Kerabu Taugeh ni dh lama nk buat. Kebetulan masak pegi pasar borong hari tu, aku mintak togeh 50sen, tapi dia bagi sebeban. Fikir2 baru ler teringat nk buat kerabu togeh yg dah lama tak makan ni. Terus ler beli kerang 2 kilo.

Buah kuinin ni pemberian dari tokeh keli Bukit Antarabangsa, Lan. Hari minggu lepas dia balik kampung, so bawak ler kat kami buah kuinin ni. Sebenarnya kami kirim daging kijang/pelandok/landak ngan adik dia kat kampung tu, tp belum ada rezeki. Pelandok tak masuk jerat lagi....hehehe...

Sambal udang petai,lauk paberet along. Minggu ni dh 2 kali buat sambal udang petai ni. Puas along makan. Petainya hang jebat beli kat Semenyih (masa dia kerja kat sana) jangan tak percaya 9 ikat petai cuma rm3.00 jer. Murah kan..

Msak lemak ikan tenggiri wif nenas sarawak. Manisnya buah nenas ni. Kalo buat jus pun sedap. Cadangnya nk buat rojak buah, tapi tak sedar dh habis sebijik. Kami makan cicah ngan kicap jer..sedap..

Sayur kangkung, pelengkap lauk untuk hari ini. Kang takde serat, tak seimbang la plak.








p/s: Sebenarnya dalam kepala otak ni banyak benda nk masak. Nk buat rojak buah, murtabak, kuih lapis pisang, butir delima, jelly coconut dan macam2 lagi. Sume benda dh siap kat dapur tu, cuma tunggu masa nk memasaknyer je. Ntah bila la dapat terlaksana semua itu. Last2 rosak jer sume benda2 mentah tu..kan dh membazir..

4 ulasan:

  1. omegod!!! kau makan camni punya banyak lauk noorma....bila ko nak ajak aku dtg rumah makan lauk2 ni? :P


    Ayam Masak Kicap Buah Kiwi

    BalasPadam
  2. ni bkn gajin lg...dh super gajin oiiii...dh kira cam oder kt restoran!

    BalasPadam
  3. CikMin- mmg macam ni ler tiap-tiap hari lauk aku..laki aku tu kalo makan mesti sekurang-kurangnya 3 jenis lauk. Kalo satu lauk jer, mula ler buat muka cincalok..wakahkahkah....

    Pet- aku dh biasa masak lauk banyak-banyak cenggini. Mesti ada lauk berkuah, bersambal, sayur dan ikan. Kalo takde ikan, kena la goreng telo. Mmg wajib lauk tu sume.. almaklum ler..aku ni fulltime housewife..so kalo masak sikit, dia kata aku asyik main tenet jer..hehehe

    BalasPadam
  4. teringat sambal kuinin mak aku lak..huhu

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡