Khamis, 20 Ogos 2009

Mee Kari

Hajat hati dh lama dh nk makan, tp baru kali ni dapat buat. Kalo yang beli kat kedai tu tak puas makan, serba serbi sikit..itu tak cukup, ini kurang...



Bahan-bahan
*** Bahan untuk kuah :
4 sudu besar serbuk kari daging – dibancuh dengan sedikit air / santan
santan secukupnyer
500gm ayam – dipotong kecil-kecil (boleh dikurangkan jika terlalu banyak)
4 tangkai daun kari
Bunga cengkih & kayu manis secukupnya
1 labu bawang besar – dikisar (*)
6 ulas bawang merah – dikisar (*)
6 ulas bawang putih – dikisar (*)
200gm isi kerang – lebih banyak lebih sedap pada yang suka kerang
Fish ball & fish cake secukupnya – dihiris mengikut citarasa
4 keping asam keping / asam gelugur
Garam & perasa secukupnya

*** Lain-lain bahan & hiasan :
1 kg mee kuning – dicelur sedikit dengan air panas dan toskan
Taugeh – dicelur
Kacang panjang – dipotong anggaran 1” dan dicelur
Tauhu – digoreng dan dihiris mengikut citarasa
Telur rebus – boleh guna telur ayam @ telur puyuh
Fish cake secukupnya – goreng dan hiris mengikut citarasa
Cili merah – dihiris halus
Daun bawang & daun sup – dihiris halus
Limau kasturi secukupnya - dibelah dua

Cara-cara
Untuk kuah :
Tumis daun kari, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Masukkan bahan yang bertanda (*) dan tumis hingga naik bau.
Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan sedikit santan. Biarkan hingga mendidih.
Masukkan ayam, tambah sikit santan jika perlu, dan masak lagi hingga ayam empuk.
Masukkan pula asam keping baki santan tadi dan masak hingga mendidih.
Akhir sekali masukkan kerang, fish ball, fish cake dan juga garam dan perasa.
Biarkan hingga mendidih. Siap kuahnya...

Cara hidangan : Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk, letakkan taugeh, kacang panjang, tauhu, fish cake dan telur rebus di atasnya.
Tabur cili merah, daun sup/bawang, perah limau kasturi dan tuang kuah. Siap untuk dimakan!

Ahad, 2 Ogos 2009

Tempoyak Seri Rampai

Semalam, kat Sungai Besi ada pasar malam, so aku pun beli lah pucuk2 kayu ni. Memang teringin sangat nk makan lauk ni, kebetulan plak mak mertua aku ada bagi tahi minyak. Memang sedap kalo letak dalam lauk ni....


Sepatutnye guna udang kecik2 sikit la..tp disebabkan malas dh nk pegi paso, so bantai jerlah dengan udang yang beso sikit ni. Beli kat tesco ari tuh..

Resepinyer senang jer, mcm buat masak lemak cili api tuh jugak.

Bahan-bahan
>1 ikat pucuk ubi
>1 ikat pucuk paku
>2 batang serai
>5 helai daun kunyi - seeloknya pucuk muda, sebab lembut**
>10 helai daun pucuk kaduk
>15 helai pucuk labu
>500gm tempoyak
>200gm cili api kampung
>100 gm ikan bilis
>4 papan petai - dibuang kulit n dibelah dua
>300gm udang - saiz sederhana
>1 inci kunyit hidup
>garam secukup rasa
>gula secukup rasa
>santan dr 1 1/2 biji kelapa
>2-3 biji cili merah - dihiris2 atau dibelah dua je.
>2 sudu besar tahi minyak...kalo suka...

Cara-cara
-tumbuk cili api brsama kunyit idup dan garam dalam lesung, hingga lumat, ketepikan
hiris serai halus2,
-kemudian tumbuk dalam lesung separuh hancur je. then hiris semua sayuran tadi halus2 mcm nak buat bunga rampai tu. untuk pucuk ubi pula, bila dah hiris, basuh dan ramas dgn garam kasar,
-panaskan kuali, masukkan cili padi dan udang.
-kacau n kecutkan udang hingga air udang kering.
-lepas tu masukkan petai. kacau dan biar lebih kurang 1 minit.
-masukkan plak santan. masak sehingga santan hampir masak dan mendidih
-masukkan n sayur - sayuran yang telah dihiris tadi dan juga ikan bilis.
-masak sayur masak. tapi jangan plak sayur tu sampai lembik.
-masukkan plak tempoyak dan cili merah yg telah dihiris. kacau sebati dan masak hingga rasa santan dan tempoyak tu sebati. agak2 dalam 3 - 4 minit.
-tambahkan gula secukup rasa.
-kacau sebati, dan siap untuk dihidangkan.




Sedap di makan dengan nasi panas dan ikan kering...yum,yum.....


Sabtu, 1 Ogos 2009

Pizza Datin El

Buat pizza petang ni. Dah lama budak2 tu tak makan pizza, asyik tengok gambo dalam tv jer..sian.. Resepi ni dapat dari umah Kak Ummi Kuantan. Asalnya dari Datin Vouge, Datin El...thanks yer datin....

Bahan Base:- (2 keping sederhana besar)
-250 gm high protein flour
-250 gm low protein flour
-3 sudu besar butter
-1 sudu makan gula
-1 paket yis (11 gm)
-sedikit garam
-1 mug susu segar yang disuamkan (*campurkan 1/2 mug air panas dengan 1/2 mug susu segar)

Cara Membuat Base:-
-Campurkan kesemua bahan-bahan kering. Gaul rata.
-Masukkan butter dan gaul rata.
-Kemudian masukkan susu suam tadi sedikit-sedikit (secukupnya).
-Uli hingga tidak melekat di tangan dan menjadi doh yang lembut.
-Rehatkan selama 30 minit.
-Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Canaikan dan letak dalam loyang pizza.
-Letakkan topping pizza.

Bahan Sos (Topping):-
-1 tin kecil tomato puri
-1 biji bawang besar - potong dadu
-3 ulas bawang putih
-gula secukup rasa
-garam, pepper dan oregano
-2 sudu besar minyak zaitun - utk tumis.
-sedikit sos cili dan sos tomato - (*ummi tambah bahan di bawah ni)
-200 gm daging kisar
-7 - 8 biji button mushroom - belah 4 atau 6
-3 batang sosej - hiris kecil-kecil
-1/2 biji capsicum merah - tabur atas pizza
-1/2 biji capsicum hijau - tabur atas pizza
-1/2 tin kiub nenas - tabur atas pizza
-mozarella cheese secukupnya - untuk tabur

Cara Membuat:-
-Panaskan minyak zaitun, tumiskan bawang putih dan bawang besar.
-Masukkan bahan lain, kacau sebentar.
-Masukkan daging, button mushroom dan sosej. Kacau hingga masak. Seimbangkan rasa.
-Angkat dan sejukkan.

Cara Menyediakan Pizza:-
-Sapukan base yang telah dicanai tadi dengan sedikit sos cili dan sos tomato. Ratakan dipermukaan base.
-Masukkan sebahagian topping. (Tinggalkan sebahagian untuk 1 keping lain).
-Taburkan capsicum merah dan hijau serta nenas.
-Akhir sekali taburkan mozarella cheese menutupi topping tadi. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 170 C selama 15 - 18 minit.
-Keluarkan dari ketuhar dan hidang panas-panas.




Gulai Lemak Telur Itik

Menu hari ini. Dh lama tak makan lauk ala kampung cenggini...Sejak pregnant ni aku takleh makan ikan la..mcm biasa, kalo mengandung jer takleh makan ikan,,agaknyer ikan pun tak suka kat aku..he,he.... Untuk tu, aku makan jer lah telur, ayam dan sayur...tapi ikan masin boleh plak..agaknyer sbb takde bau hanyir kot...

Gulai lemak cili padi telur itik. Campur dengan belimbing buluh..memang syok...

Ikan pekasam. Ni kakak aku di kampung yang bagi.

Sambal belacan+buah binjai..sedap sehingga menjilat jari..lama dh tak makan buah binjai ni..

Macam biasa, ulam daun selom. Paberet aku ni,cari gak daun pegaga, tp takdelah plak..


Kenyang makan nasi hari ni. Alhamdulillah!!! (ewah, mcm iklan la plak) Jangan terkeluar balik udah ler...