Khamis, 20 Ogos 2009

Mee Kari

Hajat hati dh lama dh nk makan, tp baru kali ni dapat buat. Kalo yang beli kat kedai tu tak puas makan, serba serbi sikit..itu tak cukup, ini kurang...



Bahan-bahan
*** Bahan untuk kuah :
4 sudu besar serbuk kari daging – dibancuh dengan sedikit air / santan
santan secukupnyer
500gm ayam – dipotong kecil-kecil (boleh dikurangkan jika terlalu banyak)
4 tangkai daun kari
Bunga cengkih & kayu manis secukupnya
1 labu bawang besar – dikisar (*)
6 ulas bawang merah – dikisar (*)
6 ulas bawang putih – dikisar (*)
200gm isi kerang – lebih banyak lebih sedap pada yang suka kerang
Fish ball & fish cake secukupnya – dihiris mengikut citarasa
4 keping asam keping / asam gelugur
Garam & perasa secukupnya

*** Lain-lain bahan & hiasan :
1 kg mee kuning – dicelur sedikit dengan air panas dan toskan
Taugeh – dicelur
Kacang panjang – dipotong anggaran 1” dan dicelur
Tauhu – digoreng dan dihiris mengikut citarasa
Telur rebus – boleh guna telur ayam @ telur puyuh
Fish cake secukupnya – goreng dan hiris mengikut citarasa
Cili merah – dihiris halus
Daun bawang & daun sup – dihiris halus
Limau kasturi secukupnya - dibelah dua

Cara-cara
Untuk kuah :
Tumis daun kari, bunga cengkih dan kulit kayu manis. Masukkan bahan yang bertanda (*) dan tumis hingga naik bau.
Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan sedikit santan. Biarkan hingga mendidih.
Masukkan ayam, tambah sikit santan jika perlu, dan masak lagi hingga ayam empuk.
Masukkan pula asam keping baki santan tadi dan masak hingga mendidih.
Akhir sekali masukkan kerang, fish ball, fish cake dan juga garam dan perasa.
Biarkan hingga mendidih. Siap kuahnya...

Cara hidangan : Masukkan mee kuning ke dalam mangkuk, letakkan taugeh, kacang panjang, tauhu, fish cake dan telur rebus di atasnya.
Tabur cili merah, daun sup/bawang, perah limau kasturi dan tuang kuah. Siap untuk dimakan!

8 ulasan:

  1. KRina besa buat letak tahu goreng span tu...
    sedap gakk...

    BalasPadam
  2. Noorma lamanya menghilang miss uuuuuu sihat ke?nak ler mi kari ade lagi dak?

    BalasPadam
  3. Azrina- yer betul..tauhu span tu memang sedap..tp kali ni takde la...

    Chik Mi...miss u two, three and four kak Mimi....mee kari tuh dh habis laa...nanti raya kita wat untuk kak MImi yer..

    BalasPadam
  4. Kalo buat sendirik semua kite lebih2 kan ye tak kak? heheh.. baru best! :)

    BalasPadam
  5. Ijan-betul tu Ijan, nk letak apapun boleh, tp kalo jual, bangkrap ler jawabnyer...ha,ha...

    BalasPadam
  6. Aku bukan tak mau jenguk ke mari, cuma aku cukup takut menjenguk ke mari pada bulan ramadhan nih. Ko faham jer ler laman blog ko nih. Kalau yg tak kuat iman bukan boleh sembarang dan bersewang!!

    BalasPadam
  7. Lan - aku faham, faham...ha,ha..

    BalasPadam
  8. salam kenal dari kak gerau. Betul tu. Kalau beli semua kurang. Mahal pulak tu. baik masak. tapi gerau tak le rajin bebenor masak. he he he.

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡