Khamis, 6 November 2008

Rojak Buah

Bila cuaca panas mcm ni, memang sedap makan rojak buah. Kali ni kuah rojaknya agak pucat sikit, tak nk ler hitam melegam sangat. Kuahnya aku selalu buat extra, pas tu simpan dalam fridge. Bila ada tetamu datang,aku selalu hidang rojak buah ni. Makanan sihat.
Resepi dapat dr Delila, myresipi (biasalah, bangun pagi jer, mesti melawat myresipi dulu, cari idea nk masak apa)
Bahan-bahan
KUAH ROJAK
>20 tangkai cili kering (boleh lebihkan jika suka pedas)
>2 cawan gula pasir
>1 cawan brown sugar
>Belacan sebesar ibu jari (dibakar)
>5 sudu besar otak udang
>5 sudu besar sos tiram
>Sebotol kecil kicap lemak (saya guna cap tamin)
>Garam dan bijan secukup rasa

BUAH
>Nanas
>Jambu air
>Timun
>Sengkuang
>Mangga/pauh muda
>Kedondong
>betik mengkal

Cara-cara
1.Rendam cili dgn air panas kemudian goreng tanpa minyak hingga kering.Bakar belacan hingga naik bau.
2.Kisar cili, gula pasir, brown sugar, belacan, otak udang, sos tiram dan kicap bersama air hingga betul-betul halus.
3.Masak bahan kisar ini di atas api kecil hingga pekat dan licin.Hendaklah sentiasa mengacaunya utk mengelakkan ianya menjadi gula hangus.Tambahkan air jika perlu.Tambahkan garam secukup rasa.
4.Bila sudah pekat tambahkan bijan yang telah digoreng tanpa minyak.Boleh lah dia angkat dan di biarkan sejuk.
5.Potong buah mengikut citarasa anda.Masukkan dalam mangkuk dan masukkan kuah rojak yang telah sejuk.
6.Taburkan kacang tumbuk jika suka.Sedia dihidang.

NOTE : Kuah rojak ini boleh juga dibuat kuah utk sotong kangkung.Simpan kuah rojak ini di dalam peti sejuk.