Selasa, 4 November 2008

Kerabu Pucuk Paku + Taugeh

Dh lama tak buat kerabu ni, teringin plak nk makan. Biasanya hubby aku makan sikit jer kerabu-kerabu ni. Dia tak brapa minat. Tapi aku buat jer, boleh ratah.
Ni resepi original dr mak aku. Setiap kali keluarga kami buat kenduri tahlil, aku mesti buat kerabu ni. Dh jadi suatu kemestian. Sedara dan kengkawan pun dh tau, kalau datang umah aku, mesti ada kerabu.

Bahan-bahan
Pucuk Paku, Taugeh-dicelur dan di tos
Kerang -dibersihkan , direbus dan diambil isinya
Cili merah *
Cili padi * (bagi sesiapa yang suka pedas)
Belacan*
Udang kering*
Limau nipis
Kerisik
Beras -digoreng tanpa minyak hingga keperangan, kemudian, ditumbuk halus
Bawang merah -dihiris nipis
Halia muda-dicincang halus
Garam, perasa

Cara-cara
1.Bahan-bahan yang bertanda * ditumbuk bersama
2.Didalam bekas, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk bersama dengan kerisik
3.Gaul rata
4.Masukkan pucuk paku, taugeh dan kerang, diikuti garam dan perasa.
5.Perah limau nipis, dan gaul lagi. Sesuaikan rasa. Bila dh ok, bolehlah ditabur beras goreng tadi.
6.Gaul lagi, dan sedia untuk dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA