Selasa, 24 Mac 2020

Pulut Kuning dan Ungkep Ayam


ASSALAMUALAIKUM !!! 

 Kami masih lagi ber'kuarantin' di rumah. Nak order makanan dari Food Panda pun takut. Nak keluar rumah lagilah, semua jalan keluar ada kawalan. Arahan dipatuhi. 



OK.. hari ni CK share resepi ungkep ayam yang sedap ni. Dapat dari perkongsian di Facebook. Errmm...sedap juga.

Sebelum ini CK ada kongsi resepi ungkep, tapi resepi yang ini ada penambahan segala jintan. Rasanya pun sedap. 






Dah masak ungkep mesti ada member dia kan?? nah, pulut kuning lah. Minggu lepas sempat kirim dari jiran sebelah yang buka kedai runcit. Senang kami nk beli barang. 


Image may contain: food

Bahan-bahan
1 ekor ayam
1 batang serai - diketuk
1 keping asam gelugor (asam keping)
3 helai daun limau purut

sedikit air 
2 senduk minyak
garam, gula secukup rasa

Bahan ini disangai sebentar dan ditumbuk kasar
1 sudu besar jintan manis

1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar 

Bahan dikisar
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup (boleh guna serbuk)
3hiris lengkuas (boleh skip jika tiada)

2 batang serai
20 biji cili padi (boleh kurang atau tambah ikut rasa masing-masing)
2 biji buah keras



Image may contain: food

Cara-cara
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Tumis bahan yang disangai bersama bahan yang dikisar tadi hingga naik bau.

Kemudian, barulah dimasukkan ayam dan bahan-bahan lain. Boleh tambah air jika suka. Biarkan kering. Sesuaikan rasa dan siap

Image may contain: food


Ok.. resepi pulut ni CK suka buat cara Bonda Rozita Ibrahim, pengasas JRM tu. Caranya senang sangat. Pulut tidak perlu direndam pun


Terlebih dahulu, beras pulut hendaklah dibasuh dan toskan.

Sediakan satu kuali ikut banyak mana pulut yang kita sediakan. Masukkan santan, kulit kayu manis dan halia. Halia di sini berfungsi untuk kurangkan angin lepas makan pulut tu

Jangan lupa tambah garam dan sedikit gula. CK pernah makan pulut kuning kat rumah novelis terkenal Ana Balqis, sedap pulutnya manis berlemak. Dari situ CK start masukkan gula dalam pulut kuning.
OK.. dah mendidih santan tu,  masukkan beras pulut yang dicuci tadi. Kacau sekejap dan biarkan. Kemudian tutup api. Biar pulut meresap santan tadi.

Dah kering, pindahkan ke dalam pengukus, dan kukuslah hingga masak. SIAP

Kalau rasa kurang lemak, boleh tambah lagi santan lepas siap kukus. Masukkan 1 sudu minyak masak agar pulut nampak berkilat. ðŸ˜ŠðŸ˜Š


Image may contain: food


OK, SELAMAT MENJAMU SELERA !!

Jumaat, 20 Mac 2020

Ayam Buttermilk Telur Masin


Ayam Buttermilk telur masin ni CK masak masa tengah takde idea nk masak apa. 


Minggu lepas dan masak ayam buttermilk, so minggu ni kena lain sikit laaa. Tengok dalam peti ais ada telur masin. Dan jemu makan yang rebus, kita buat cara lain lah. 




Bahan-bahan
Ayam ( potong kecik2 )
Tepung Bestari Original
Telur Itik Masin ( putih telur )
- potong ayam n perap dgn tepung bestari dan putih telur itik (gaulkan sekali)
-goreng agak garing

BahanBahan
Mentega @ marjerin pun ok
Bawang putih (cincang)
Daun kari
Cili padi (potong)
Telur Itik Masin (kuning telur)
Susu cair
Gula
Garam
- panaskan butter @ marjerin.. tumis daun kari dan bawang putih..
- masukkan kuning telur, kacau sampai hancur n berbuih..
- masukkan susu sejat, perasakan dengan gula dan garam..
- kacau sampai kuah agak pekat..
- masukkan ayam yg digoreng td dan gaul..
SIAP ðŸ¤—



Kat rumah ni kena buat berkuah sikit. Kalau kering sangat kang, terpaksa plak buat masakan lain yang berkuah. 



OK. Siap dah juadah hari ni. Boleh la makan. Jangan kacau mama nk kerja yer.

Payah juga berkerja dari rumah ni. Sekejap anak itu datang mengadu itu ini. Sekejap lagi si anak bulus plak datang minta di belai segala macam. Jap lagi plak, si bapaknya plak datang mengadu perut lapar bagai. Adoiiii.... Idea menulis skrip pun tak datang kalo gini. Tu yang kena berkarya waktu malam dikala semua orang dah masuk tidur. 




Khamis, 19 Mac 2020

Maruku Kacang Peas



Salam.... duduk kat rumah ke tu? hahahahahaha


Ok.. hari ni CK nak tayang si hijau ni. Maruku Kacang Peas. Asalnya buat sikit jer...tapi tak cukup la plak. Ada plak jiran-jiran mintak nak beli. Adoiii, maaf laa, biznes bakery saya ditutup buat sementara. Hehehehe....


Image may contain: possible text that says 'MARUKU KACANG PEAS manis, lemak, rangup errmmm... sedapnya DINDA KIRAN'


Bahan-bahan
1 cwn tepung kacang peas
2 cwn tepung pulut
1 biji telur
100 ml santan kotak
2 sudu bsr gula
1 sudu kecil garam
3 sudu bsr majerin.. di cairkan
11/2 cwn air suam



Cara-cara

Campurkn semua bahan.. uli
sebati.. masukkn doh dlm acuan
maruku.. panaskn minyak...
Goreng la hingga masak..





Image may contain: plant and food

NI CK guna acuan lubang-lubang kecil. Gambar di atas tu guna acuan bintang 1 lubang. Ikut kreativiti la nak guna acuan macam mana


Image may contain: plant and food

OK.. sampai sini dulu lah. Banyak lagi skrip dan treatment yang belum disiapkan. Mujur juga shooting ditangguhkan, dan perintah kawalan pergerakan ni. Buat kerja dari rumah saja lah. Tapi tuan director asyik suruh update perkembangan skrip. Huhuhuh.....