Jumaat, 13 Disember 2019

Risoles Ayam Carbonara Cheese

Salam
Lama tak update blog ni. Hari ni sambil mengadap pc jalan2 kat Lazada, teringat plak blog dah lama usang. Hehehe.
ok..hari ni CK ada Risoles Ayam. Ni bukan popia yer. Kulitnya lembut, garing diluar dan lelehan cheese tu membuatkan anda tak berhenti makan.

Sebenarnya, inti risoles ni terpulang kepada citarasa masing-masing. Resepi yang diberikan dibawah adalah lebih mudah tak tidak renyah mencari bahan-bahannya.

Di sini, CK menggunakan inti Ayam Carbonara. Cadangnya nak buat popia carbonara, tetapi aura risoles lebih menggoda. Maka niat nak buat popia ditangguhkan dulu. Hehehehe...




Mari kita lihat resepinya

Kulit Risoles
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 1/2 cawan air biasa
Garam secukup rasa
1 biji telur
Tips : Gunakan cawan yang sama untuk menyukat bahan

Cara 
1: Blender kesemua bahan di atas sehingga hancur dan sebati dan tuang adunan yang telah siap ke dalam bekas. Pastikan kepekatan adunan adalah sederhana agar adunan boleh dilenggang di dalam kulai . Untuk lebih cantik , anda gunakan kuali non stick . Adunan di atas boleh menghasilkan 30 keping kulit risoles

Inti Risoles 
400gm isi ayam - cincang
5 biji kentang bersaiz sederhana yang dipotong dadu
1 biji bawang besaq yang dipotong dadu
3 sudu kecik serbuk lada hitam
5 ulas bawang putih
sedikit minyak utk menumis
1 cawan air biasa
bahan perisa secukup rasa
Cara – cara
panaskan kuali pada api sederhana dan masukkan sedikit minyak . Selepas itu , tumis bawang putih yg telah ditumbuk kasar sehingga naik bau dan masukkan ayam  dan kacau sehingga sebati . Biarkan selama 5-7 minit supaya ayam masak dengan sekata.
Kemudian, masukkan pula kentang, bawang besar dan air . Kacau sehingga sekata dan biarkan 5-7 minit . Perasakan adunan dengan serbuk lada hitam. Tunggu sehingga air menjadi kering iaitu sehingga betul-betul kering.
Barulah dimasukkan bahan perasa yang anda mahu seperti gula, garam ,atau serbuk lada sulah / lada kisar bergantung pada citarasa anda.
Inti yang telah siap dimasak dibiarkan seketika .

Cara membuat Risoles Ayam Cheese
Bahan yang diperlukan adalah :
Kulit Risoles dan Inti yang telah siap disediakan pada awal tadi .
1 biji telur
Serbuk roti
Keju Mozarella iaitu keju yang telah hancur. Boleh didapati di pasaraya .
Ambil sekeping kulit, letakkan cheese mozzarella, letak inti dan gulung. Kemudian celupkan ke dalam telur dan golekkan ke dalam serbuk roti. Siap, dan boleh lah digoreng. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡