Assalamualaikum, jumpa lagi di hari Selasa yang indah ini. Semoga dipermudahkan segala urusan kita hari ini yer !
Ok...hari ini CKak up lagi aneka jenis roti yang menjadi kegemaran para pelanggan akak. Dua jenis roti ini dibuat setiap hari, walaupun badan tak brapa nk sihat. Meskipun hujan lebat turun di awal subuh, dan hati rasa macam nak sambung tidor. Huhuhuhu......
Roti sosej ini sentiasa menjadi kegemaran semua tak kira peringkat umur. Dengan sedikit sos lada hitam, cili dan mayonis, ditabur cheddar cheese, roti sosej ini adalah antara roti yang cepat 'sold out' dan menjadi pilihan utama pelanggan yang menempah bagi majlis mereka.
Roti Sosej ni juga antara kegemaran budak-budak sekolah. Selalu habis cepat. Kata mereka walaupun di kantin sekolah ada jual, tapi tak sama macam roti yang CKak jual ni. Yer la anak oii, roti makcik ada tabur cheese, dan harganya jauh lebih murah dari kantin atau koperasi sekolah. Mana nk cari macam ni kannnn????
OK..ada yang berminat nk menempah. Semua roti berharga rm10 untuk 8 biji roti. Boleh campur-campur aneka jenis roti (sosej, pizza, kacang merah, kaya, strawberry, bluberry, chicken floss, sardin dan coklat) Namun, bukan setiap hari CKak buat semua jenis roti2 tu. Maklum la, akak utamakan kegemaran budak2 dulu.
boleh wassap untuk menempah yer 017 3617857 atau boleh lawat page Facebook di CK Food . Perkhidmatan penghantaran disediakan untuk kawasan Seri Kembangan, Serdang, Puchong, Petaling dengan caj minimum. Terima kasih
I wanted to thank you for this great read!! I definitely enjoying every little bit of it I have you bookmarked to check out new stuff you post. Get 1000s of Twitter hashtags using Keyword Tool for (FREE)! Grow your Twitter followers & find trending topics. #1 BEST alternative to Twitter search!
BalasPadam