Isnin, 30 Januari 2017

Homemade Sardin

Assalamualaikum

Hari ni CK share resipi sardin homemade. Setelah beberapa exprimen, akhirnya inilah yang kena dengan selera kami sekeluarga. Almaklum laa... Mr Jebat tu hobinya memancing di laut. Ikan Jenahak tu jangan cakap laa...sampai sebesar budak 5 tahun pun pernah dibawak balik... dan Ikan Selar, kembong ni kalo tak bawak balik setengah peti memang tak sah.

Image may contain: food
maaf, gambar dr hp cokia jer....hp anak.... diorang snap masa tengah makan... 

Ikan-ikan seperti kembong, selar, mackarel ni CK nk bagi jiran pun rasa serba salah (sbb saiz kecil kannn ) melainkan diorang mintak, baru la bagi...jika tak, CK buat jer la kuah laksa, laksam...pastu panggil kawan2 datang makan kat cafe (itupun kalo rajin laaa....hahahaha) 

Homemade Sardin by CK

bahan-bahannya
1 kg sardin /mackarel
3 biji bawang besar- kisar
5 ulas bawang putih -kisar

3biji Buah tomato - cincang halus /kisar

1 kpg asam keping
1 tin kecil tomato puri
1 sudu besar cuka putih

1-2 senduk kecil cili kisar (terpulang pada citarasa)
Gula dan garam secukup rasa.
Setengah cawan minyak.
5 cawan Air ( ikut la nak pekat ke, cair ke)
Pressure Cooker (benda wajib ada)    


Cara-caranya

1. Panaskan minyak. Tumiskan dulu bawang besar yg dikisar, pastu masuk pula bawang putih kisar , cili kisar. Masak sampai pecah minyak
2. Masukkan tomato kisar, tomato puri,
3. Masukkan air, asam keping, cuka, garam dan perisa. Sesuaikan rasa kuahnyer, kemudian masukkan ikan. 
4. OK.... barulah tutup presure cooker dan masak dalam 1 jam. 


Senang kan.... hasilnya, tulang pun lembut. Nah,,, nk buat sandwich ke, masak sambal ke, semua boleh...dan yang penting tiada bahan pengawet. 


***********************

Disini CK bukanlah nk promote Presure Cooker Noxxa ke Philip ke??saya faham harganya agak mahal, dalam rm750++, dan tak semua orang mampu beli, nak beli atau ada hati nk beli...(hahahaha... 3 situasi tu )
klo korang takde makcik noxxa, boleh jer beli kat LAZADA...harga serendah rm50 dah dapat... fungsinya tetap sama.... cuma kalo guna yg biasa, masa memasak tu, kecilkan api, takut hangus bahagian bawahnya.
Presure cooker ni banyak kegunaannyer....bukan nk buat sardin jer tawww.... boleh mempercepatkan proses masak sup tulang, rebus kacang dhal, buat bubur gandum, pulut hitam, bubur kacang, buat sup ayam tua...masak ungkep ayam hutan dan lain2.... hahaha....kesimpulannyer, Pressure Cooker ni dapat singkatkan tempoh memasak yang memerlukan masa yang lama. OK...sampai sini dulu... BYE !!! 

Rabu, 25 Januari 2017

Gulai Tempoyak Patin Temerloh

SALAM

Bila Mr Hubby outstation, pasti akan ada ole-ole dibawa pulang. Kali ini dia ke Temerloh, dan pastinya IKAN PATIN menjadi pilihan. CK tanya gak, takde mende lain ke kat sana? jawabnyer, mana de... nama pun bandar Ikan Patin... hahahaha.....

Image may contain: food

bila ditanya, kat sana selalu makan apa? jawabnyer Patin Tempoyak !! hahaha...takkan hari2... dan hari ini di rumah sendiri plak ada Gulai Tempoyak Patin,
Sebenarnya CK tak brapa pandai buat gulai tempoyak, almaklum laa...family CK kan orang utara... tp disebabkan suami dah suka, kena la goole resipinya. Dan... resipi yang sentiasa melekat di hati ialah resipi Datuk Siti ni... 

Bahan-bahan
1 ekor ikan patin, dicuci bersih dan dipotong
- 3 ulas bawang kecil*
-6 biji cili padi * 
-1 inci kunyit hidup*
bahan2 * ditumbuk halus

- 1 sudu besar pes cili kering (cili boh)
-1 batang serai-diketuk
-1-2 keping asam keping
-1 cawan tempoyak (kalo tempoyak masam, tak payah letak asam keping)
-segenggam daun kesom
-1 batang bunga kantan-dipotong 4
-1 biji timun ladang/coklat -dikikis kulitnya dan dibuang empulur dalamnya - dipotong baji
-air secukupnya
-garam,perasa

Cara-cara
Bahan yang ditumbuk dimasukkan dalam periuk bersama pes cili, serai diketuk, bunga kantan, tempoyak, dan air.
Biar mendidih sebentar agar cili masak (nanti masih ada bau cili padi..tak sedap)
Tambah air dan biar mendidih lagi.
Bolehlah dimasukkan ikan. Kalo kurang masam, boleh tambah asam keping.
Masukkan timun dan biar mendidih lagi.
Tambah daun kesum dan masukkan garam dan perasa.
Biar seketika dan bolehlah diangkat. Siap..

Image may contain: food

Ermmm... kalo masak lauk ni, tak boleh ada kari2...cukup lauk ni jer...dilawankan dengan petai dan budu. Perghhh...bertambah la pinggan demi pinggan.

Errr... CK pandai makan budu?? opkosss laaa...orang KL makan semua...hahahaha......

Rabu, 4 Januari 2017

Kerisi Lada Hitam Pegaga

Salam... lagi satu menu berpantang. Kerisi lada hitam pegaga


Bahan-bahan
2 ekor ikan kerisi -dibersihkan dengan garam, limau, lumurkan garam dan panggang hingga masak
2 biji bawang kecil- hiris
halia- hiris
bwang putih- hiris
cili kering- hiris (cili kering ni taknak letak pun boleh, sbb lada hitam dh pedas)
lada hitam- tumbuk
air asam jawa
pegaga
garam, perasa

Cara-cara
Dengan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia hingga layu. Kemudian, alihkan bahan-bahan ke tepi kuali dan buang minyak 
masukkan air asam jawa,
letak lada hitam, garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan dan pegaga. Kacau rata dan angkat. 
**Kuah nk pekat/cair terpulang. Ni CK buat versi pekat2 sikit. 
**Kalau takmau tumis, boleh jer lebur semua bahan2 dan masak sesedap rasa. Akhir sekali baru masukkan ikan dan pegaga


Selamat Mencuba

#Baby Fathima Zehra 

Selasa, 3 Januari 2017

Sambal Cekur - menu pantang

SALAM... hari ni CK perkenalkan satu lagi menu berpantang, iaitu Sambal Cekur .. biasanya sambal ni dimakan selama tempoh berpantang... Kalo kat gambar di bawah ni, sambal tu yang dalam tupperware kecik tu yer...hehehe...atas tu pindang ikan tenggiri...


Image may contain: food

Sambal Cekur ni merupakan menu utama orang berpantang. Biasanya dimakan bersama ikan masin salai atau ikan haruan bakar. Diulamkan bersama bunga kunyit. Waahhh...orang tak pantang pun berselera makan... hahahahaha

Bahan-bahan
cekur*
kunyit hidup*
halia*
bawang putih*
(kuantiti bahan bertanda * ni kena sama banyak yer... ni CK buat dalam setengah cawan
bawang merah - takyah banyak, sikit jer...taknak letak pun takpe, CK letak 2 bijik bawang kecil

ikan bilis -dibersihkan dan tumbuk kasar (nk sangai dulu pun ok...tp hari ni CK malas sangai) dalam segenggam
air asam jawa
lada hitam - dalam 2 sudu besar
garam, perasa
2 helai daun cekur - dihiris halus

Cara-cara
bahan-bahan bertanda * dihiris halus kemudian tumbuk kasar2 sikit.
Dalam periuk masukkan semua bahan2 dan masa sampai pekat. Akhir sekali, perisakan dengan garam dan masukkan daun cekur yang dihiris halus. Kacau dan angkat. SIAP

Jika ibu berpantang dah lepas 2 minggu, boleh tumis dengan sedikit minyak. Kemudian masukkan semua bahan2 dan masak hingga kering mcm arahan diatas.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...