Selasa, 7 November 2017

Apam Nasi Gerenti Jadi

Hari ni teringin nak makan kuih apam. Selalu tengok kuih ni lalu kat wall fb, hari ni baru ada kerajinan nak buat. Resipi dah lama ada dalam ni. Gerenti jadi punya lah, walau first time buat.


Bahan-bahan 
2 cawan nasi
2 cwn tepung gandum 
2 cwn tepung beras
1 3/4 cwn gula pasir 
2 1/2 cwn air1 bungkus yis mauripan 
11 gram
kelapa parut dgn sedikit garam
pewarna ikut suka 



Cara Penyediaan
1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. Selepas itu,masukkan bahan kisar tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.jika terlalu pekat anda boleh kisar 1/2 dari adunan tadi dan satukan semula semua adunan. JANGAN DITAMBAH AIR.
5. Perap selama 3 jam. bila dah cukup 3 jam...masukkan pewarna dan kacau sebati.
6. Panaskan pengukus dan letakkan acuan acuannya sekali didalam tingkat kukus dan hendaklah dibalut penutupnya dengan kain..bila acuan dah panas masukkan adunan .( acuan tu kena sapu minyak sikit untuk elak lekat)
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam.. atau enak dimakan begitu saja.




Ok...selamat mencuba 

Jumaat, 27 Oktober 2017

Sambal Tumis Ikan Bilis Sedap

Salam... Hari ini CK nak share resipi sambal tumis ikan bilis yang sedap dan sesuai untuk semua hidangan samada dengan nasi putih, nasi lemak, cekodok, lempeng, ubi rebus dan lain-lain



Resipi sambal tumis ikan bilis sedap

Bahan-bahan
1 mangkuk ikan bilis yg siap dibelah dan dibersihkan
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
belacan
1 mangkuk cili kering kisar
air asam jawa
garam, perisa secukupnya

Cara-cara
Ikan bilis digoreng sekejap, kemudian toskan minyak
bawang besar, bawang putih dan belacan ditumbuk kasar-kasar jer..
Dalam kuali tadi, masukkan cili kering kisar dan bawang yang ditumbuk tadi
Tumis sampai cili masak dan pecah minyak
Masukkan ikan bilis yang digoreng, air asam jawa, dan tambah air secukupnya
Tambah bawang besar yang dihiris
Biar kuah pekat, dan tambah garam, perisa jika perlu. Selalunya CK tak tambah garam dah sebab ikan bilis goreng tadi dah masin
SIAP





OK... Selamat Mencuba. Ini jer resipi ringkas tapi sedap untuk yang nak niaga nasi lemak. Tak perlu letak benda-benda merepek dalam sambal seperti biskut meri, buah kurma dan sebagainya. Masaklah yang original, dan rasanya insyaalah sedap



Khamis, 26 Oktober 2017

Rassam Telur Tok Pah

Salam... hari ni CK share respi Rassam (sup masam India) yang sedap ni. Sesuai dimakan ketika cuaca sejuk atau ketika tekak dah jemu makan masak lemak, ayam merah. Hehehe 



Ok, mari semak bahan-bahannya. Ni resipi arwah mak CK. Nak masaknyer senang jer. Syukur jugaklah si Jebat boleh makan mcm ni. 


Bahan-bahan A
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil lada hitam
2 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
sedikit serbuk kunyit
(semua bahan2 ini, dibasuh dan ditumbuk lumat) ok..dah siap tumbuk ketepikan

Bahan B (penumis)
2 ulas bawang merah - hiris halus
2 ulas bawang putih - hiris halus
3 biji cili kering - dipotong pendek
2 tangkai daun kari

Bahan lain 
1 mangkuk kecil air asam jawa
3 biji telur ayam
1 biji tomato - belah 4
garam, perisa



Cara Memasak

Dalam periuk, masukkan bahan A dan air. Masak hingga mendidih/ rempah masak.
Kemudian, tambahkan air asam jawa dan air secukupnya (terpulang banyak mana nak kuah)
Rasa masam, masin kuahnyer. Dah sedap, pecahkan telur,  masukkan tomato dan biar hingga telur masak. OK, Siap...tutup api

Tumis pula bahan B hingga perang. CK suka tumis dulu bawang merah dan bawang putih. Bila agak kuning, baru masukkan cili kering dan daun kari. So cili kering tidak terlalu hangus. Dah perang, curahkan ke dalam kuah rassam tadi. Cepat2 terus tutup periuk agar aromanya tak hilang. Lepas beberapa minit, bolehlah dihidangkan. SIAP !!































Kalau dah buat rassam ni, lauk yang sepadan untuk dihidangkan ialah Papadom dan Ikan Goreng. Tu jer dah cukup. Tak perlu ayam masak merah segala bagai. Hahahaahha.....Kan dah cakap, kalo malas CK masak lauk ni jer senang !!! 

OK...selamat mencuba !! 



Sabtu, 21 Oktober 2017

Ayam Percik ala Kelantan

Salam Sabtu. Hari ini CK macam teringin nak makan ayam percik kuah putih plak.







 Resipi Ayam Percik ala Kelantan 
BAHAN-BAHANNYA
3 keping bahagian dada ayam
4 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
2 inci halia*
4 batang serai, hiris halus*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)

BAHAN UNTUK MEREBUS AYAM
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris
1 keping asam gelugor
Sedikit garam
Air untuk merebus



 CARA MEMBUATNYA
UNTUK KUAH :- Satukan santan dengan bahan kisar halus, kacau rata. 
Masak dengan api sederhana sambik dikacau selalu hingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. 
Tambah garam dan gula secukup rasa. 
Masak sekejap dan matikan api. 
Ketepikan.

UNTUK AYAM :-
Ayam dibersihkan, cuci dan tos.
Didihkan air bersama bahan2 untuk merebus ayam.
Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk.
Angkat dan toskan.

UNTUK AYAM PERCIK KELANTAN :-
Ayam tadi dibakar dengan api sederhana, sambil dibalik2kan.
Sapu kuah pada keseluruh ayam tadi sambil terus dibakar hingga ayam masak.
Angkat dan tuang baki kuah atasnya sebelum dihidangkan....


Ok...selamat menjamu selera.

Ahad, 15 Oktober 2017

Pulut Kuning Rendang Daging

SALAM....

tiap2 hari kalo bukak jer IG mesti terpandang pulut kuning jualan actress jelita kak Zarina Zainuddin. Adusss... teringinnyer,

Dan hari ini ku gagahkan juga buat. Buat tak banyak pun 500gm pulut jer. Tapi biasalah, sambutan di rumah ni ala ala suam2 kuku jer.. Tambah plak di jebat outstation dan balik lambat. Takde sapa nk CK suruh makan (errr..paksa makan) hahaha...so kita packing, bagi jiran-jiran la





























Resipi Pulut Kuning - Rendam beras pulut  dengan air + kunyit + asam keping dalam 2~3 jam (kalau pulut susu xpayah rendam okey)- Kukus 1/2 jam- Keluarkan pulut tu gaul dgn santan.  

- Kukus balik pulut tu dalam 15min

Ok...dahhhh 

Sabtu, 14 Oktober 2017

Pie Tee

SALAM

Pie Tee ni mmg menjadi snack kegemaran CK sekeluarga tiap kali berkunjung ke Chicken Rice Shop. Kali ni cuba buat sendiri plak. Inti ayam cendawan. Sebenarnya ia ikut kreativiti kita la nk cipta intinya bagaimana. Janji sesuai ngan tekak kita kannn.... ko nak letak sambal sardin ke, sukati ko la dik nun...hahahaha



Bila pos jer gambar ni kat FB, kawan2 dah mula teringin. Ada yang nk datang rumah untuk rasa dan tak kurang juga nk beli. Ops.... malas la nk jual mende ni...takut sampai ke customer, kulitnya dah lemau.



Namun, ada juga yang minta beli bakul / kelongsongnya. Errmm..malasnya CK nk berdepan dengan minyak panas...



Ok...demi sebuah persahabatan, CK buat la jugak


Ada yang minat nk beli kelongsong Pie Tee ? kihkihkih.....


Jumaat, 13 Oktober 2017

Muffin Coklat

Assalamualaikum...lama tak update blog...sesekali rindu plak pd geng2 blogger masakan 😀



Muffin jer laa kali ini. Bekal anak ke sekolah. Senang dan cepat jer nk siapkan.

Muffin Coklat
Bahan2:
A
-1biji telur gred A atau B
-sedikit esen vanilla
B
-1 1/2 cawan tepung self raising
-1 sk soda bikarbonat
-4sb susu tepung
-5sb serbuk koko
-sedikit garam halus
C
-1/2 cawan susu segar
-1/4 cawan santan *kalau xnak guna santan boleh guna susu segar 3/4cawan
-1/4 cawan minyak
-3/4 cawan gula halus

Cara2:
- kacau2 manja bahan A
-satukan bahan C kedalam bahan A dan kacau sebati guna whisk je
-kemudian masukkan bahan B dan kacau sebati
-masukkan adunan setengah cup n tabur la coklat chip diatas
-panaskan oven 180darjah api atas bawah n masak selama 25-30minit



SELAMAT MENCUBA 😊

Selasa, 8 Ogos 2017

Yong Tau Foo

Yong Tau Foo ni peberet CK setiap masa...hahaha...tp kalo buat sendiri, lagi best, sbb boleh makan banyak2


Kuah hitam
2 sd mkn taucu
2 sd mkn tpg jgung
2 sd mkn tpg gndum
3 sd mkn kicap pkat
3 sd mkn sos tiram
4-5 sd mkn gula
3 cwn air
Masukan semua dlm blender.. blender bgi taucu halus... pas tu masak bgi mendidih sekejap..
Kuah merah
1/2 cwn kcng tanah yg dh d goreng
1 sd mkn tpg gndum
1 sd mkn tpg jgung
4- 5 sd mkn gula
3 cwn air
1/4 sd mkn garam
Blender semua bhn kt atas bgi kcang halus..
3 sd mkn cili blend
Panaskan sikit myak... tumis 2 bj bwang putih ketuk.. letak 3 sd mkn cili blend.. tggu kering.. masukan semua bhn dlm blender tdi.. mask sekejap bgi kuah agak pekat.. dlm 5 mnt..
Dh bleh mkn ngan apa2 bebola.. hot dog.. sayur..sotong kangkung.. dll..
Campur kuah untuk sesuaikan rasa pedasnya..tabur bijan sangai ngan bwang goreng..
Selamat mencuba.


my version, suka letak sayur kangkung tu banyak2.... hahaha



OK... jumpa lagi 

Jumaat, 16 Jun 2017

Kuih Siput Rangup Cendanakasih


Salam Ramadhan


Kuih siput ni menu wajib tiap kali raya. Tak raya pun ramai yg suka order, untuk kudap-kudapan dengan tv ataupun pc. Ermmm...dah makan tak boleh berenti. Pastu komlen berat badan naik !! salah sapa ek?? hahahaha




Resepi ni CKak agak2 jer...main campak2 tepung... lepas berbuka, rasa sikit adunan takut tawar ke, terlebih masin ke....kihkihkih.....tapi alhamdulillah...perfect !!! Sapa suka pedas, boleh tambahkan cili. Tapi kalau banyak sangat cili, nanti kuih siputnya tak brapa cantik laaa... CKak suka tumbukkan cili padi bersama bawang dan jintan...baru pedas2 sikit, tp warna tetap cantik 

Resipi Kuih Siput Rangup Cendanakasih

3 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar butter
1 sk minyak masak (ni petua nk bagi rangup)
1 sk jintan manis*
1 sb udang kering*
2 ulas bawang merah* (semua bahan * ditumbuk)
1 sk serbuk cili /cili boh
2 tangkai daun kari- dihiris halus
serbuk pati ikan bilis
1 sb telur (pukul dulu dan ambil 1 sb saja) 
garam, perisa
air masak secukupnya (agak2 yer)

Masuk semua bahan dalam mixer dan uli hingga sebati. Kenapa mixer?? sbb kalo guna tangan, lambat...lagipun kita takmo banyak sangat air digunakan.... dan sebati semua, boleh la gentel dan goreng dengan api perlahan. Sejukkan, dan bolehlah dimasukkan dalam botol 



Rabu, 3 Mei 2017

ChikiRoll Bun

Assalamualaikum.... produk baru CK untuk tahun 2017 ini... belum lagi dijual secara rasmi...senyap2 bawah meja je dulu...dalam masa yang sama masih lagi bagi free tester...hehehehe


Jamu mata sudah la yer 





Ramai dah tau CK lebih suka buat roti berbanding benda2 lain... Membuat roti ni mcm dah sebati dengan jiwa CK...cewaahhhhhh.....bermula dengan mengadun doh menjadi senipis kulit bawang, kemudian proses membentuk dan membakar.... rasa penat hilang bila tgk roti naik dengan gebu dan lembut. Lebih seronok lagi bila customer memuji roti tu. Setakat ini, tak pernah ada lagi komen negatif kecuali orang2 yang nak menjatuhkan biz CK jer... biasa la hati manusia kan, sentiasa iri hati dengan kejayaan orang lain.  Bila tak bagi resipi dikatakan kedekut, bila tak bagi free kata kita ni tamak. CK dh lali dengan manusia jenis begini.





Ok..sampai sini dulu.....

Khamis, 20 April 2017

Puding Roti Sos Kastart

SALAM

Dessert mudah tapi sedap.... inilah penyelamat kalo tetiba ada tetamu nk datang rumah atau tetiba adik bradik ajak lepak2 kat rumah diorang....hehehehe..... almaklum laaa, CK ramai adik bradik sedara mara yang setiap minggu ada jer event melepak sana sini



Ni CK buat masa tengah demam...sepupu plak wassap ajak lepak2 rumah pakcik.. diorang request buatkan roti...alahai...badan dah tak larat...ini jer yang mampu buat.... balik dr rumah pakcik, terus gi klinik...seminggu demam....alhamdulillah...dah sihat...minggu ni sambung balik lepak2...hahaha....


Puding Roti Sos Kastart


Bahan-bahan untuk puding roti:
8 keping roti
2 cawan susu segar
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar mentega (cairkan)
1 kotak kecil kismis
Cara penyediaan:
1. Masukkan susu segar, gula halus, telur, dan esen vanilla dalam satu bekas. Kacau sebati, guna mixer, senang nak sebatikan semua.. lepas tu jangan syok plak sampai kembang setaman adunan tu.. Cukup lah sekadar telur tu dah pecah elok pastu boleh mesra dengan yang lain..
2. Carikkan roti dalam 4 bahagian, dan masukkan dalam bekas adunan, biar terendam dan meresap sekejap.. Masukkan marjerin yang dah dicairkan serta separuh kismis kedalam bekas tadi dan gaul sedikit..
3. Sapukan sedikit marjerin dalam loyang untuk membakar.. Tuangkan roti yang telah direndam tadi dalam loyang pembakar.. Taburkan baki kismis atas adunan.. Bakar pada suhu 180C selama 30 minit.. Kalau risau hangit, pepandai adjust.. mulakan dengan beberapa minit dahulu, lepas tu kalau tak masak lagi, masukkan semula tambah minit..

==================
Bahan untuk sos kastad:
1 Tin Susu Cair
2 Sudu Besar Tepung Kastart
2 Sudu Besar Gula
Masukkan susu, lepas tu tepung dan akhir sekali baru gula. Gaul atau kacau dengan api yang sangat pelan dan tanpa henti. Bila bahan2 tu dah sebati atau kelihatan sedikit pekat, boleh tutup api. Masa dah tutup tu angkat dari dapur.... biarkan sejuk dan boleh lah dihidang bersama puding roti tadi.




Ok..SELAMAT MENCUBA 

Rabu, 19 April 2017

Murtabak Inti Kurma Ayam Cheese

Assalamualaikum...berjumpa lagi...... Hari ini CK share lagi resipi murtabak mudah. Kali ini menggunakan inti kurma ayam plak... CK mmg suka murtabak. Tapi tiap kali beli kat pasar malam, ada jer tak kena, dengan masinnyer, banyak bawang dll. Jadinya, lebih baik buat sendiri. Puas hati kan. 

Kali ini, tambah cheddar cheese dan mozzarella cheese....perghhh...bila tarik tu bertali2..lemak2 berkrim...hahahaha.... 



Apa yang penting, perlu ada

* Instant Paratha
* Kari Ayam/Daging
* Telur
* Bawang
* Sayur2 jika suka (CK suka letak kobis yg diracik halus, daun sup dan daun bawang)
* Mozzarella dan Cheddar Cheese (utk yang suka cheese laa)



Mula2, isi ayam disiat halus. Ambik sikit kuah kari tu. Letak dalam mangkuk
Pecahkan telur 2 bijik.
Tambah bawang besar yg dipotong dadu dan sayur2 jika suka.
Perisakan dengan garam.
Gaul semua bahan dan ketepikan

Ambil sekeping roti paratha (dinyahbekukan dulu)
Letak di atas papan canai yg diratakan sedikit minyak masak
Tekan2 sikit paratha hingga menjadi nipis dan lebar
Letak inti ayam yang disediakan tadi. Tabur cheese
Bungkus cantik2 dan pindahkan ke kuali leper
Masak hingga garing/inti dalamnya masak

Kuah bawang merah
bawang merah
gula
cuka
pewarna merah
air panas
**satukan semua bahan, dan biarkan sekejap.




























Ok...sampai sini dulu.....  kalo teringin gak nk cari murtabak sedap, pegi lah RnR Uniten, kat bulatan tu...ada kiosk murtabak sedap... perghhhh...gerenti puas hati...rm6.00 sekeping... tapi dah 2 kali CK pegi takde rezeki nk beli sbb budak tu tak niaga. Tak tau la skrg kalau harganya dh naik

Sabtu, 15 April 2017

Kuih Siput

Assalamualaikum

Kuih feberet CK ni... dan resipi dah lama ada dalam blog ni... tapi satu jer yg CK tak suka bila ada sesetengah page memasak tanpa segan silu ambik/copy gambar dari blog, tanpa mention siapa pemilik gambar dan resipi... siap mengaku respi dia turun termurun plak tu... kepala angguk ko. Meskipun ko chef terkenal, jatuh ker darjat ko kalo ckp respi tu diambil dari blog sekian-sekian...
Ini tak....bila kita komen kat pos tu, ada plak penyokong dia kata "eleh, gambar pun kedekut ke? " alooo...bukan kedekut ok... tapi bersifat jujur laa sikit !

ok... hari meluahkan rasa marah....rasanya ramai blogger lain mengalami nasib yang sama kan... mmg la gambar kita tak cantik...tp ko sibuk2 dok share kat page ko kenapa... nk cantik, lawa, snap gambar sendiri ok !! 

dalam gambar ni, kuih siputnya main campak2 jer sukatan...asalnya kuih gunting sira manis...bila dah tak larat nk habiskan adunan...simpan fridge...esoknya ubah menjadi kuih siput....hahahaha... so resipi yang betul kat bawah tu yer.....



Kuih siput rangup
Sumber: Cendanakasih

Bahan-bahan
-100gm butter
-2 cawan tepung gandum

Bahan Kisar
-10 tangkai cili kering-dibuang biji
-2 tangkai daun kari
-1/2 biji telur
-1 sudu teh jintan manis
- satu paket udang kering (dlm 20 ekor)
-2 biji bawang kecil
-1 cawan air
-garam, perisa secukupnya

Cara-cara
Gaul butter dan tepung hingga menjadi serbuk roti
Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam tepung dan butter tadi
Tambah garam dan serbuk perasa
Uli bahan2 hingga sebati
(kalau adunan agak lembik, tambah tepung hingga adunan elok)
Cubit sedikit tepung dan gelek atas acuan kuih siput
Goreng dengan minyak panas hingga kekuningan


Ok...sampai sini dulu !!!

Khamis, 13 April 2017

Sambal Sotong

SALAM
Sapa suka makan sambal tumis sotong? Tapi ada kalanya lepas masuk sotong, nah, air satu kuali kan? Meh sini CK share sambal sutun sedap.


Caranya?? sama jer dengan mana2 sambal sotong biasa.... cuma cara jer lain sikit....

SAMBAL SOTONG by CK

Sotong - dibersihkan di dipotong jika besar
air asam jawa
gula, garam, perisa
bawang merah, potong bulat
minyak masak

bahan tumbuk
bawang merah
bawang putih
sedikit belacan
cili kering - rebus dahulu

Cara-cara
Panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya. Bila minyak dah panas, terus masukkan sotong. Kacau dan tunggu hingga keluar semua airnya. Angkat sotong dan toskan. Masukkan balik air tadi dalam kuali, jangan dibuang. 
Kemudian, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk. Biar hingga cili masak sepenuhnya dan naik minyak. Tambah air asam jawa dan sesuaikan rasa
Akhir sekali, masukkan semula sotong. Tambah bawang merah yang dipotong bulat, kacau dan bolehlah diangkat.

SIAP !!! senang kan....  sambal sotong pun elok jer pekat, melekat, likat, dan merah menyala. Sedap makan dengan nasi lemak !!! 


Khamis, 30 Mac 2017

Wantan Mee Kicap

Assalamualaikum...lama tak bersiaran....
Ni menu semalam.... CK buat ala2 wantan mee kicap gitu....tp sekadar guna mee kering jer.....

Dalam gambar ni mee untuk hidangan anak2, so takde la lada jeruk bagai


Mee kering direbus/celur, toskan.

Sos kicap
bwg putih - tumbuk
Lada sulah
Sos tiram
Kicap.pekat
Kicap.manis
Kicap.cair
Minyak bijan kalo suka

Tumis.bwg putih sampai coklat....masukkan lada sulah...kacau... masuk air sikit pastu masuk.bahan2 lain... masak hingga mendidih, pekat.... last skali renjiskan minyak bijan jika suka

Sup Ayam
Tumis bwg putih, masuk lada sulah...dah coklat masuk air.... letak tulang ayam/kaki ayam, bay leaf jika suka..... dah mendidih masukkan ayam yg dipotong 4, slow api... masak hingga ayam timbul... perasakan kuah dgn garam...

Ayam yg dh masak.tadi, toskan... masuk dlm.air ais...biar dia sekejap...pastu toskan... lumur dgn sos tiram, kicap.cair.... perap sekejap pastu boleh grill/bakar atau goreng. Dan sejuk, potong ikut selera masing2. CK buang tulang sebab senang anak2 nak makan.

Ok.. sekarang kita nk sediakan Wantan Mee Kicap
Mee yang ditoskan tadi, ambil dalam secekak (portion untuk seorang makan) dan masukkan ke dalam mangkuk. Ambil 2 sudu sos kicap yang kita masak tadi dan gaul rata. Rasa lah kalo kurang kick, boleh tambah lagi sos kicapnya ... hhehe....ok...dh siap, letak dalam pinggan

Hias mee dgn wantan goreng, ayam goreng,  dan sup yang ditabur bawang goreng, daun sup, daun bawang.
Jika nk pedas, boleh hidangkan bersama cili jeruk atau cili padi potong tambah kicap... Perghhhh...terangkatttt !!!!





Rabu, 1 Mac 2017

Keria Gula Melaka

Assalamualaikum semua
Viral sungguh koi ni kan, padahal kelainannya hanyalah gula melaka...adoii... sanggup beratur panjang dan lama2 yer

Resipi Kuih Keria Gula Melaka
Bahan-Bahan Kuih Keria
500gram ubi keledek oren / putih
tepung gandum – 1cawan
tepung beras – 1 sudu besar
soda bikarbonat – 1/2 sudu teh

Bahan-bahan Sira Gula Melaka
2 keping gula melaka
1 sudu besar gula putih
1 cawan air
1 sudu besar gula batu **jika ada
1 sudu besar gula merah **jika ada

Cara-Cara Buat Kuih
1. Kopek keledek , potong sederhana besar dan rebus dengan sedikit garam sehingga empuk
2. Angkat keledek , toskan airnya
3. Lenyekkan keledek kemudian satukan dengan tepung gandum , tepung beras dan soda bikarbonat . Gaul sebati
4. Bulat-bulatkan adunan dan tebuk tengah macam kuih donat
5. Goreng dengan minyak yang banyak dan toskan

Cara-Cara Buat Sira Gula Melaka
1. Satukan semua bahan dalam kuali dan biarkan sehingga gula berbuih mendidih baru masukkan kuih keria dan gaul semuanya sehingga semua tersalut gula
2. Agak-agak gula dah mula berat angkat kuih dan toskan baki gula yang berlebihan dengan tapis
3. Pisahkan kuih segera jangan bagi melekat .
4. Biarkan kuih menjadi sedikit sejuk untuk rasa yang lebih sedap
Tips Tambahan : jika adunan jadi melekit jangan tambah tepung lagi , tapi gunakan minyak masak untuk memudahkan membentuk .
Selamat Mencuba !

Rabu, 22 Februari 2017

Bubur Ayam CK


Assalamualaikum.....

Bubur Ayam ni adalah menu wajib setiap minggu di rumah. Hehehehe.... hari2 makan nasi boring gak kan, jadinya dalam seminggu mesti ada menu bubur ni sehari. 


Ni respi ciptaan CK sendiri... idea datang setelah makan Master Chicken Porridge...hehehehe 


Bahan-bahan
1 cawan beras - direndam semalaman
1 inci halia diketuk
1 ulas bawang putih -diketuk
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 kiub ayam/ stok ayam secukupnya 

rebus bahan2 di atas hingga beras hancur -  jadi bubur ler..... hihihi..... CK rebus dengan pressure cooker selama 40 minit. Dah hancur beras, perisakan dengan garam dan perisa . Ketepikan. 

Ayam Goreng
isi ayam secukupnya - dibasuh bersih dan toskan air . Ambil tepung serbaguna (CK guna tepung goreng ayam Bestari) Ambil 2 sudu dan larutkan dengan air, tapi jangan cair sangat. Macam buat goreng pisang jer.... Ok...masukkan isi ayam yang dah ditos tadi. 
Keluarkan dan celup pula pada tepung . Kemudian, terus goreng. Siap.... Dah sejuk, potong kecil2...

Bahan lain
daun sup, daun bawang
bawang goreng
cili flakes
telur masin (jika suka) 

Hidangkan bubur ayam bersama isi ayam goreng, daun sup, daun bawang, bawang goreng dan cili flakes. 























Kak CK, saya takde pressure cooker, nk rebus beras sure lama kan?? abis gas saya nanti !!  Ok...akak bagi tips untuk mempercepatkan proses merebus beras

Katakanlah anda nk masak bubur pada keesokan harinya. Malam sebelum tidur, bolehlah ambil 1 cawan beras dan cuci bersih. Masukkan dalam bekas sesuai, contoh tupperware, dan isikan air hingga tenggelam beras tu... kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk (dingin beku)... biar beras tersebut beku mcm ais batu. Esoknya, masukkan terus ke dalam periuk bersama air dan masak macam biasa. Insyaalah beras cepat hancur. 

Dan tips kedua : Kalo ada nasi sejuk jangan dibuang. Biasa kita buat nasi goreng kan. Haaa...buat bubur pun boleh dik nun.... masukkan nasi ke dalam periuk dan tambah air. Rebus mcm biasa hingga jadi bubur. CK slalu buat yg ni. Nasi selamat, bubur pun cepat masak... hahahaha......

OK...selamat mencuba !! 





Isnin, 13 Februari 2017

Popia Sira Pedas

Assalamualaikum....
Lama dah tak buat popia sira pedas ni kannn... tetiba tingin la plak 


"POPIA GORENG BERSIRA"
Resepinya
50pcs kulit popia
1 sdb tepung gandum ( bancuh guna air 4-5 sdb nk jadikan pelekat)
Bahan Inti
1/2 biji kobis (hiris nipis)
3- 4 batang lobak merah ( sagat)
4 biji tauhu ( goreng dan potong dadu)
1 biji bawang besar ( potong dadu )
Segenggam udang geragau (basuh n toskan)
Sedikit isi ayam ( jika suka )
Sedikit garam
Caranya
Panaskan 1/2 senduk minyak. .tumiskan bawang dan udang geragau. . masukkan isi ayam.. bila isi ayam da empuk..masukkan semua sayuran.. tauhu dan sedikit garam. Kacau hingga agak layu.. tutup api...toskan untuk buang air dlm sayuran.. biarkan sejuk seketika. .
Ambil sekeping kulit popia. .masukkan inti.. gulung dan sapu bancuhan tepung gandum pada hujung gulungan.. buat hingga siap. .Goreng guna api sederhana hingga betul2 garing.. toskan dan biarkan sejuk seketika. .
Bahan Sira(sos popia)
30 tangkai cili kering
6 ulas bawang putih
1 1/2 cawan air
(Kisar bahan di atas hingga betul2 halus)
1/2 senduk gula pasir (guna senduk gulai yer)
1/2 senduk gula merah
Sedikit air asam jawa(1/2 cawan lebih kurang.. jgn terlalu byk asam tau)
Caranya
Satukan semua bahan sira dlm kuali.. masak guna api sederhana perlahan hingga likat dan agak pekat..bila dah nampak berbuih2..
masukkan popia dan kacau hingga rata. .. pastikan sambal menyaluti semua popia.. terus tutup api dan letak dlm talam.. pastikan popia tidak bertindih/ bertindan supaya popia tetap ranggup.. sejukkan di bawah atau di depan kipas..



P/S=untuk kekalkan keranggupan..bleh juga tabur sedikit bawang goreng pada popia yg da siap disira.. nk letak bijan yg da disangan pun boleh. .
Sos popia juga bleh disimpan dlm bekas bertutup jika xnk sira... goreng popia hingga garing... toskan dan sapu jer sos pada popia..
tabur bawang goreng..

Sabtu, 11 Februari 2017

Mee Rebus CK

Mee Rebus ni paling senang buat. Blender dan masuk dalam periuk....inilah menu yang sering CK masak bila kawan2 datang ke rumah. Kebetulan masa cuti Thaipussam Khamis lepas, kawan2 CK datang minum petang di rumah. 

bahan taburan
 mee kuning - dicelur
tauhu, taugeh, telur rebus
cucur udang, daun sup, daun bawang
bawang goreng, limau, cili 


Bahan Blender 1
serai - dititik 
Bahan blender 1
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas*

Bahan blender 2
5 biji kentang -rebus empuk
1/2 cawan udang kering -basuh dulu
1/2 cawan kacang tanah - digoreng dulu
2 sudu besar taucu

Bahan lain
3 sudu besar rempah kari daging 
2 sudu besar pes cili kering (cili blender)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar susu pekat manis
gula, garam, perasa secukupnya

Cara-cara
Tumis bahan blender pertama hingga naik bau
kemudian, masukkan cili blender, dan serbuk kari. Masak hingga pecah minyak/garing. Kemudian, masukkan bahan blender kedua dan bahan2 lain (daging, tulang, sos dll)

Senang kan...bahan2 memang nampak banyak, tp cara memasak mudah jer..... 


kredit to Kak Najjah for this photo. 

Isnin, 30 Januari 2017

Homemade Sardin

Assalamualaikum

Hari ni CK share resipi sardin homemade. Setelah beberapa exprimen, akhirnya inilah yang kena dengan selera kami sekeluarga. Almaklum laa... Mr Jebat tu hobinya memancing di laut. Ikan Jenahak tu jangan cakap laa...sampai sebesar budak 5 tahun pun pernah dibawak balik... dan Ikan Selar, kembong ni kalo tak bawak balik setengah peti memang tak sah.

Image may contain: food
maaf, gambar dr hp cokia jer....hp anak.... diorang snap masa tengah makan... 

Ikan-ikan seperti kembong, selar, mackarel ni CK nk bagi jiran pun rasa serba salah (sbb saiz kecil kannn ) melainkan diorang mintak, baru la bagi...jika tak, CK buat jer la kuah laksa, laksam...pastu panggil kawan2 datang makan kat cafe (itupun kalo rajin laaa....hahahaha) 

Homemade Sardin by CK

bahan-bahannya
1 kg sardin /mackarel
3 biji bawang besar- kisar
5 ulas bawang putih -kisar

3biji Buah tomato - cincang halus /kisar

1 kpg asam keping
1 tin kecil tomato puri
1 sudu besar cuka putih

1-2 senduk kecil cili kisar (terpulang pada citarasa)
Gula dan garam secukup rasa.
Setengah cawan minyak.
5 cawan Air ( ikut la nak pekat ke, cair ke)
Pressure Cooker (benda wajib ada)    


Cara-caranya

1. Panaskan minyak. Tumiskan dulu bawang besar yg dikisar, pastu masuk pula bawang putih kisar , cili kisar. Masak sampai pecah minyak
2. Masukkan tomato kisar, tomato puri,
3. Masukkan air, asam keping, cuka, garam dan perisa. Sesuaikan rasa kuahnyer, kemudian masukkan ikan. 
4. OK.... barulah tutup presure cooker dan masak dalam 1 jam. 


Senang kan.... hasilnya, tulang pun lembut. Nah,,, nk buat sandwich ke, masak sambal ke, semua boleh...dan yang penting tiada bahan pengawet. 


***********************

Disini CK bukanlah nk promote Presure Cooker Noxxa ke Philip ke??saya faham harganya agak mahal, dalam rm750++, dan tak semua orang mampu beli, nak beli atau ada hati nk beli...(hahahaha... 3 situasi tu )
klo korang takde makcik noxxa, boleh jer beli kat LAZADA...harga serendah rm50 dah dapat... fungsinya tetap sama.... cuma kalo guna yg biasa, masa memasak tu, kecilkan api, takut hangus bahagian bawahnya.
Presure cooker ni banyak kegunaannyer....bukan nk buat sardin jer tawww.... boleh mempercepatkan proses masak sup tulang, rebus kacang dhal, buat bubur gandum, pulut hitam, bubur kacang, buat sup ayam tua...masak ungkep ayam hutan dan lain2.... hahaha....kesimpulannyer, Pressure Cooker ni dapat singkatkan tempoh memasak yang memerlukan masa yang lama. OK...sampai sini dulu... BYE !!! 

Rabu, 25 Januari 2017

Gulai Tempoyak Patin Temerloh

SALAM

Bila Mr Hubby outstation, pasti akan ada ole-ole dibawa pulang. Kali ini dia ke Temerloh, dan pastinya IKAN PATIN menjadi pilihan. CK tanya gak, takde mende lain ke kat sana? jawabnyer, mana de... nama pun bandar Ikan Patin... hahahaha.....

Image may contain: food

bila ditanya, kat sana selalu makan apa? jawabnyer Patin Tempoyak !! hahaha...takkan hari2... dan hari ini di rumah sendiri plak ada Gulai Tempoyak Patin,
Sebenarnya CK tak brapa pandai buat gulai tempoyak, almaklum laa...family CK kan orang utara... tp disebabkan suami dah suka, kena la goole resipinya. Dan... resipi yang sentiasa melekat di hati ialah resipi Datuk Siti ni... 

Bahan-bahan
1 ekor ikan patin, dicuci bersih dan dipotong
- 3 ulas bawang kecil*
-6 biji cili padi * 
-1 inci kunyit hidup*
bahan2 * ditumbuk halus

- 1 sudu besar pes cili kering (cili boh)
-1 batang serai-diketuk
-1-2 keping asam keping
-1 cawan tempoyak (kalo tempoyak masam, tak payah letak asam keping)
-segenggam daun kesom
-1 batang bunga kantan-dipotong 4
-1 biji timun ladang/coklat -dikikis kulitnya dan dibuang empulur dalamnya - dipotong baji
-air secukupnya
-garam,perasa

Cara-cara
Bahan yang ditumbuk dimasukkan dalam periuk bersama pes cili, serai diketuk, bunga kantan, tempoyak, dan air.
Biar mendidih sebentar agar cili masak (nanti masih ada bau cili padi..tak sedap)
Tambah air dan biar mendidih lagi.
Bolehlah dimasukkan ikan. Kalo kurang masam, boleh tambah asam keping.
Masukkan timun dan biar mendidih lagi.
Tambah daun kesum dan masukkan garam dan perasa.
Biar seketika dan bolehlah diangkat. Siap..

Image may contain: food

Ermmm... kalo masak lauk ni, tak boleh ada kari2...cukup lauk ni jer...dilawankan dengan petai dan budu. Perghhh...bertambah la pinggan demi pinggan.

Errr... CK pandai makan budu?? opkosss laaa...orang KL makan semua...hahahaha......

Rabu, 4 Januari 2017

Kerisi Lada Hitam Pegaga

Salam... lagi satu menu berpantang. Kerisi lada hitam pegaga


Bahan-bahan
2 ekor ikan kerisi -dibersihkan dengan garam, limau, lumurkan garam dan panggang hingga masak
2 biji bawang kecil- hiris
halia- hiris
bwang putih- hiris
cili kering- hiris (cili kering ni taknak letak pun boleh, sbb lada hitam dh pedas)
lada hitam- tumbuk
air asam jawa
pegaga
garam, perasa

Cara-cara
Dengan sedikit minyak, tumis bawang merah, bawang putih, cili kering dan halia hingga layu. Kemudian, alihkan bahan-bahan ke tepi kuali dan buang minyak 
masukkan air asam jawa,
letak lada hitam, garam secukup rasa.
Akhir sekali masukkan ikan dan pegaga. Kacau rata dan angkat. 
**Kuah nk pekat/cair terpulang. Ni CK buat versi pekat2 sikit. 
**Kalau takmau tumis, boleh jer lebur semua bahan2 dan masak sesedap rasa. Akhir sekali baru masukkan ikan dan pegaga


Selamat Mencuba

#Baby Fathima Zehra 

Selasa, 3 Januari 2017

Sambal Cekur - menu pantang

SALAM... hari ni CK perkenalkan satu lagi menu berpantang, iaitu Sambal Cekur .. biasanya sambal ni dimakan selama tempoh berpantang... Kalo kat gambar di bawah ni, sambal tu yang dalam tupperware kecik tu yer...hehehe...atas tu pindang ikan tenggiri...


Image may contain: food

Sambal Cekur ni merupakan menu utama orang berpantang. Biasanya dimakan bersama ikan masin salai atau ikan haruan bakar. Diulamkan bersama bunga kunyit. Waahhh...orang tak pantang pun berselera makan... hahahahaha

Bahan-bahan
cekur*
kunyit hidup*
halia*
bawang putih*
(kuantiti bahan bertanda * ni kena sama banyak yer... ni CK buat dalam setengah cawan
bawang merah - takyah banyak, sikit jer...taknak letak pun takpe, CK letak 2 bijik bawang kecil

ikan bilis -dibersihkan dan tumbuk kasar (nk sangai dulu pun ok...tp hari ni CK malas sangai) dalam segenggam
air asam jawa
lada hitam - dalam 2 sudu besar
garam, perasa
2 helai daun cekur - dihiris halus

Cara-cara
bahan-bahan bertanda * dihiris halus kemudian tumbuk kasar2 sikit.
Dalam periuk masukkan semua bahan2 dan masa sampai pekat. Akhir sekali, perisakan dengan garam dan masukkan daun cekur yang dihiris halus. Kacau dan angkat. SIAP

Jika ibu berpantang dah lepas 2 minggu, boleh tumis dengan sedikit minyak. Kemudian masukkan semua bahan2 dan masak hingga kering mcm arahan diatas.