Rabu, 31 Ogos 2016

Daging Masak Hitam Tok Pah

Assalamualaikum...

Yeah...CK kembali memasak...kali ini nk share respi arwah mak CK yang best...ramai yang request resipi ni, tp tak sempat nk update... padahal tiap2 minggu masak... Sorry yer anak2 saudara, sepupu sepapat, sedara semua... Ni baru ada kesempatan nk menulis resipi

Image may contain: food and outdoor


Daging Masak Hitam Tok Pah
Bahan
1 kilo daging - dipotong sebesar 2 inci , bersih dan ketepikan

Bahan A
10 tangkai cili kering (potong 1 inci, dibuang biji, basuh dan toskan)
2 biji bawang besar (dimayang)

Bahan B
1 biji bawang merah (mayang)
3 ulas bawang putih(mayang)
setengah inci halia (hiris memanjang)
4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang)

Bahan-bahan lain
2 sudu besar asam jawa (diperah dan diambil airnya)
gula merah secukupnya
1 sudu kecil serbuk kas-kas
2 biji buah keras
garam, perasa
kicap pekat 

Cara-cara
Panaskan kuali, masukkan minyak. Ambil bahan A,  dan goreng cili dahulu hingga bertukar perang..angkat, kemudian goreng pula bawang hingga perang.. angkat. 
Masukkan bahan2 yg digoreng ke dalam blender, bersama air asam jawa, serbuk kas-kas dan buah keras. Kisar hingga halus.
Kemudian, perap daging dengan bahan2 yang dikisar tadi selama 15-20 minit
Panaskan periuk, dan masukkan lebihan minyak goreng bahan A tadi. Tumis bahan B hingga terbit bau. Kemudian, masukkan daging. Kacau rata dan masukkan bahan selebihnya. Tambah air secukupnya untuk mengempukkan daging. 
Reneh daging hingga empuk. Jika ada yang kurang, bolehlah ditambah gula, garam dan perasa. Masak hingga air kering dan terbit minyak. SIAP !!

Image may contain: food



Daging Masak Hitam siap...sesuai dihidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih. 

1 ulasan:

  1. td ambik menu daging masak merah Kak Maz, ni masak itam lak..mana 1 nak buat ni..

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡