Salam...
I called it naked coz malas nk salut icing... hehehe.... ni CK buat sabtu lepas, sempena kawan2 datang lepak2 kat rumah. Yelah, dh lama tak sembang gelak2 sejak CK sibuk dengan biz roti ni...adoiii..penat hari2 meroti beratus biji roti budget sampai demam2.... so minta la cuti barang sehari dua dari agen2 rotiku... hehehehe....
harus ada siaran ulangan, sbb anak2 tak puas makan katanya.... jom check resipinya
Naked Oreo Blueberry Cheese Cake
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek/tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek/tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon
Bahan C
6-8 keping biskut oreo - dipatah-patahkan
filling blueberry
Cara-cara
Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik
double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu tadi. Kemudian,
campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam
adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.
Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai
berbuih buih (foamy). Lepas tu, tambahkan gula dan pukul lagi sampai bertanduk
(soft peak).
Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati. Masukkan kepingan biskut oreo yang dipatahkan tadi
Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg
digriskan bawahnya dan tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dalam
tin kek.
Bakar kek pada
suhu 160C dlm kira kira 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath).
Sejukkan kek... dan bolehlah dihias ikut suka.. Ni Ck cairkan sedikit filling bluebery, kemudian campurkan dengan 1 sudu kecil gelatin...masak atas api sederhana..whisk hingga sebati, dan tutup api. Bila sejuk, curahkan atas kek...SIAP !!
Dah lama teringin nk makan cis kek oreo ni, tp dalam masa yg sama nk makan cis kek bluberry....
ni sebaik saja keluar dari oven... lembut bak kapas.. sambil tunggu dia sejuk sepenuhnya, bolehlah sediakan filing blueberry....
OK...SAMPAI SINI DULU !!
gebu gebass
BalasPadam