Selasa, 17 Disember 2013

Stew Daging

Salam... banyak kawasan di KL dan Selangor mengalami gangguan air hari ni yer...so dinasihatkan janganlah makan kat luar sbb diragui kebersihannya...masak la sendiri kat rumah :p  (ayat poyo jer kan...hahaha )

Ok... hari ni CK masak stew daging. Lauk yang menjadi kegemaran seisi rumah. Kalo boleh tiap2 minggu wajib masak ni. Gandingan terbaik ialah bersama Nasi Mentega... sure licin punyer laaa....



Resipi Stew Daging
Bahan-bahan:
  • 500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
  • 2 biji bawang besar ~ potong dadu
  • 5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
  • 2 sudu pes bawang - resepi di bawah
  • 1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
  • 2 biji kentang ~ belah 4
  • 2 helai daun bay
  • 2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Garam dan gula
  • Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
  • Minyak untuk menumis
  • Air secukupnya.
Cara-cara
  • Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
  • Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
  • Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
  • Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.


Resipi Pes Bawang 

Bahan-bahan
  • 1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
  • 300 gm bawang putih ~ belah dua
  • 1/2 liter minyak atau secukupnya
Cara-cara
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
  • Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
  • Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
  • Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
  • Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.


Ni gambar minggu lepas,... ha kan Ck dah cakap, tiap2 minggu sure kena masak lauk ni...

Ok...sampai sini dulu...

4 ulasan:

  1. Salam CK.. cicah roti pon sedap nih.. kt umah, mama tun biasa buat stew ayam je, xpenah buat stew daging..

    BalasPadam
  2. assalam

    sedappp ni
    alhamdulillah kat umah tak kena pun
    tp asben siap simpan air bergelen dah he hee

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Ck pekat kuahnya.belum pnah buat stew ni..bole dicuba resepi ni...tkasih...

    BalasPadam
  4. buat perut berkeroncong.. air liur plak cam makin bnyk je dlm mulut ni

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡