Isnin, 11 November 2013

Gelama Masak Taucu

Salam... 

Hari isnin gini mmg takde mood sikit kan... hahaha... tp kerja ttp kena diteruskan.... dan hari ni, CK masak ikan. Hasil pancingan dari Jebat yang turun ke laut semalam. Selama ni asyik pegi memancing kolam air masin jer, tp kali ni nk cuba memancing di lautan luas.


IKAN MASAK TAUCU (ni style kering)Bahan-bahannya:
3 ekor ikan gelama
1 camca besar taucu
1 camca besar sos tiram
sedikit air
Sedikit sos ikan
Secubit gula
1 bawang besar bersaiz sederhana - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1/2 " halia - dihiris
1 biji bawang besar- dihiris kasar untuk hiasan

Cara Membuatnya :
Ikan di potong pada saiz sederhana, cuci bersih & lumur dengan sedikit kunyit, kemudian goreng & toskan.
Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bawang besar, bawang putih , cili merah & halia hingga harum & keperangan.
Masukkan taucu & sos tiram, masukkan sedikit air, masak hingga mendidih. 
Setelah mendidih masukkan ikan & renjis dengan sos ikan.
Rasakan lah garam & gula secukup rasa.
Sediakan hidangan dengan nasi putih...


Inilah hasil tangkapan semalam... ada ikan pari, senangin, gelama  dan duri.


Rombongan ke laut seramai 9 orang api dan 1 orang minyak .. hehehe... (TNB dan Petronas).. Naik kat jeti Sg Kembong Port Klang, 7 pagi sampai 7 malam... Puas diorang memancing...seronok katanya... ada next trip la jawabnyer tu

6 ulasan:

  1. banyaknya hasil tangkapan..best la tengok.

    BalasPadam
  2. untung pandai memancing, dpt mkn ikan fresh.. dh lama xmakan ikan gelama.. xhujan ke kat sana CK?

    BalasPadam
  3. wah!!!byknye hasil tangkapan…. sedap tu ikan tgh fresh

    BalasPadam
  4. Assalam ck
    Untung la asben suker mancing dpt mkn ikan fresh kan. Sedap wat msk taucu feberet ktorg adik beradik ni
    Waktu zaman kanak2 dulu suka mancing kat sg atau parit bila sungai air penuh he hee syok habis time tu kala dpt ikan keli he hee dlm hujan pun sanggup redah bila kawan2 ajak. Nostalgia dulu2 yg x dpt dilupakan sbgai ank kg

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡