Ahad, 24 Mac 2013

Carrot Cake

Salam...
Hari ini CK tayang carrot cake plak yer.. kebetulan ada tempahan carrot cake, dan CK buat la lebih utk kaum kerabat di rumah dia (asyik cium bau kek jer, sure tension diorang tu...hahaha) Hari ni takde mood nk deco, so tabur jer apa yang patut untuk menaikkan seri wajah..hahaha.... 


Bahan-bahan
(Ayak semua bersama-sama dan ketepikan)
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk penaik
1 ½ sudu kecil baking soda  

2 ½ sudu kecil serbuk kayu manis                
1 sudu kecil garam

(Pukul dengan whisk)
4 biji telur
1  1/3 cawan gula
1 ½ cawan minyak sayuran
2 ¾ cawan lobak merak diparut
1 cawan kelapa kering
1 cawan kismis/sultana/blackcurrant
1 cawan nanas dihancurkan (nanas dalam tin dikisar sedikit dalam food processor)
1 cawan walnut yang sudah dipanggang, dicincang kasar 




Cara-cara 
1. Panaskan oven ke suhu 165°c.
2. Sediakan bekas pembakar Sapukan tepi dan dasar bekas membakar dengan minyak/mentega dan letakkan kertas pembakar yang dipotong mengikut saiz bekas di dasar bekas membakar.
3. Tambah campuran tepung yang telah diayak tadi ke dalam campuran telur dan kacau sehingga sebati.
4. Campurkan bahan-bahan yang selebihnya.
5. Tuangkan ke dalam bekas membakar dan bakar selama 40-50 minit atau sehingga lidi sate yang dimasukkan ke dalam tengah-tengah kek keluar kering.
 (Nota: untuk cupcakes periksa kek anda selepas kira-kira 20 minit)
6. Apabila sudah masak, biarkan kek sejuk dalam tin, kemudian terbalikkan kek ke atas pinggan hidangan dan sediakan aising.

 Aising cream cheese 
200g cream cheese, dilembutkan pada suhu bilik
50g mentega, dilembutkan pada suhu bilik
2 ½ cawan gula aising, diayak

Cara –cara 
1. Dengan pemukul elektrik, pukulkan semua bahan-bahan sehingga sebati dan aising kembang.
2. Ratakan aising ke atas kek.


Untuk customer tu, keknya tinggi sikit, dan utk makan2 family, sengaja Ck buat keknya rendah.. kalo dipotong empat segi cantik jer rupanya. (tp ni bukan potong empat segi pun :p  ) 

Keputusan juri: Keknya lembut dan sedap, terasa cheese nya... ermmm...bodek ke? hahaha

3 ulasan:

  1. tetap menawan deco utk kek ni..akak suka yang santai..

    BalasPadam
  2. sesekali kena belanja org yg asyik cium baru jer....sama lah jugak rakyat kt rmh ni...

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡