Dah minum petang? hari ni CK buat kuih sagu plak utk minum petang. Suka makan kuih tradisional gini, tp kalo datang mood malas, alamatnyer masak cekodok ikan bilik sj laa...
Selalunya CK suka buat kuih sagu ni berwarna hijau, dengan aroma daun pandan. Tp hari ni buat kaler merah, kembali kepada yg original.. hehehe
Bahan-bahan
2 cawan sagu - basuh dan toskan
4 cawan air
1 cawan gula
2 sdb tepung jagung bancuh bersama sedikit air
Kelapa parut + sedikit garam
Cara2:
1. Didihkan air bersama gula, masukkan pewarna.
2. Apabila mendidih masukkan sagu
3. Kacau sehingga biji sagu menjadi jernih
4. Masukkan bancuhan tepung jagung
5. Angkat, tuangkan dlm acuan yg telah digris dgn minyak
6. Jika menggunakan loyang, alas loyang terlebih dahulu dengan plastik.
7. Setelah sejuk boleh la dipotong dan digaul dengan kelapa..
Kalau ikut cara CK, beginilah plak: (takde sukatan khas, agak2 jer)
Sagu direndam dulu dalam air paip kira2 setengah jam. Tunggu sampai kembang, kemudian toskan airnya. Lepas tu letak la perwarna merah dan sedikit esen rose. Tambah gula secukup rasa. Ermm...letak sikit tepung ubi dan gaul rata.
Kemudian, kukus selama 20-30 minit. Tengok la, kalau dah berkilat kuih tu, maknanya dah masak laa....Angkat dan sejukkan.
Bila dah sejuk, bolehlah dipotong-potong dan digaul bersama kelapa (campur sedikit garam). Siap, dan bolehlah dimakan.
Ok...jemput minum semua !!!
sedapnya klau dpt ni....cuaca plak mendung je ni...mnum tea o dgn kuih ni pun dah ok dah...:-)
BalasPadamkak ilah duk sakit tekak ni molek la dpt makan ni..boleh hantaq sepiring? hehehe
BalasPadamNoorma,
BalasPadamakak rasa resipi yang Noorma punya lagi senang nak buat..boleh dicuba nie..akak panggey kuih egol egol hihihi sebab orang jawa kata kalau goyang goyang tu egol egol..
ingat dulu akak buat pertama kali makcik akak dtg,akak buat kuih nie..suka tul dia akak buat guna perisa ar daun pandan.pantang kalau akak balik kg dulu,mesti dia suh buat..nostalgia sungguh..
agak2 resipi noorma nie boleh buat yang lepas tu makan dengan susu dan gula merah tak yea
@Asyifa Mustaffa akak bedal ngan air ribena jer..hahaha
BalasPadam@ilahjy boleh...jap saya hantar yer kak..(alamak..ujan ler plak, posmen off duty..hehehe)
BalasPadam@KakAsma yer kak, saya mesti buat lebih kuih ni, bila dh jemu makan ngan kelapa parut, boleh jer bedal dengan susu cair+gula melaka=dessert sagu gula melaka... hahaha...all in one
BalasPadambelum pernah buat yg kukus...next time bole try
BalasPadamassalam ck
BalasPadamkuah sagu ni tak jemu di makan, akak sukerrrrrrrrr sgt he he
Salam kenalan....
BalasPadamSelalu buat main kacau dlm periuk jer....hehe..leh try cr kukus plak...thanks ;)
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamsalam,kalau di sarawak memang dikukus dan kelapa tu digaul sekali sebelum dikukus.
BalasPadam