Isnin, 15 Oktober 2012

Pisang Lumut

Salam
Kat rumah ni, kalau beli pisang berangan mesti buat pisang lumut ni. Kegemaran CK dan anak2. Suka dengan bau harum pandan dan rasa lemak2  tu. Tapi anak lebih suka habiskan yang hijau tu...



 PISANG LUMUT by Cendanakasih

Bahan-bahan
5 biji pisang berangan masak - kupas kulit dan potong serong
3 helai daun pandan- dikisar bersama 1/2 cawan air dan tapis jusnya
1/2 cawan santan Kara
1/4 cawan air masak
3/4 cawan gula (terpulang kepada kemanisan masing2)
2 biji telur
1 sudu teh  tepung kastat (taknk letak pun takpe)
sedikit garam-untuk naikkan rasa lemak
pewarna hijau

Cara-cara
1.Sediakan pengukus.Masukkan pisang ke dalam loyang.
2.Dalam satu bekas, masukkan 1/2 cawan air pandan, air masak,  1/2 cawan santan Kara, gula, garam, telur, tepung kastat dan pewarna hijau.
3. Adun/kisar bahan2 tadi sampai sebati.
4.Kemudian, tuangkan bahan2 yang dikisar ke dalam loyang yang ada pisang tadi.
5.Kukus selama 30 minit.
6.Matikan api, dan keluarkan supaya sejuk. Kemudian masukkan ke dalam peti ais.
7. Pisang lumut yang sejuk siap dihidangkan.



Dalam loyang...baru keluar dari pengukus...panas !! kena sejukkan dulu ..masuk dalam peti es, dan biarkan sejuk betul2...pastu baru masak...aduhh...sejuk anak tekak !!


Ok..sampai sini dulu...

♥  ♥ ♥

7 ulasan:

  1. Assalamualaikum...
    singgah tengok pisang lumut.. ooohh camni rupanya.. tak penah makan lagi.. mcm sedap.. boleh try ni..

    BalasPadam
  2. nmpk sedap ah ... tak pernah dgr pulak dessert ni. mesti lemak manis kan..

    BalasPadam
  3. MIL k.atie pon ada buat pisang msk camni,menantunya dtg mkn jer:D

    BalasPadam
  4. o begitu rupanya

    Salam kenal dari tirana aduka

    BalasPadam
  5. salam akak..lama ela tak tinggal jejak....rindu kat akak...1st time tgk pisang lumut...fave ela lah pisang ni..buatlah apa2 pun mesti mkn punyer

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡