Salam...
Mee kari nyonya ni bukan sahaja menjadi kegemaran CK sekeluarga, tetapi juga kawan2 MR.Jebat. Klau datang rumah, sure request mee kari. Anak2 pun suka sebab tak pedas.
Mee Kari Nyonya
by: Ccndanakasih
Bahan-bahan
2 bungkus mee kuning-dicelur
1/4 ekor ayam-dibersihkan
1/2 kg kerang-dibersihkan
Bahan tumbuk/kisar
4 bj bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 bj buah keras
sedikit belacan
3 sb udang kering
Bahan lain
2 batang serai-diketuk
1 batang bunga kantan-dibelah 2
beberapa tangkai daun kesum
3 sb serbuk kari
1 sb serbuk cili
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu cair
4 sekawan untuk menumis
air secukupnya
tauhu pok, tauhu biasa, fishball, fishkek
Bahan taburan
taugeh
daun sup, daun bawang
bawang goreng
kulit wantan digoreng rangup
cili merah, limau, dlll
Cara-cara
1.Mula2 kerang dicelur 3/4 masak dan ambil isinya. Letak dalam bekas
2.Ayam direbus bersama bawang putih + halia yang diketuk. Tambah garam/serbuk perasa dan masak sampai ayam empuk. Keluarkan ayam dan biarkan sejuk. Siat kulit dan asingkan dalam satu bekas
3.Stok air rebusan ayam tadi disimpan.
4. Dalam periuk lain, tumis bahan2 yang dikisar bersama dengan 4 sekawan , serbuk kari dan serbuk cili. Goreng sampai pecah minyak/naik bau.
5. Masukkan air rebusan ayam tadi. Biar hingga kuah menggelegak.
6. Masukkan bunga kantan dan serai yang dititik.
7. Masukkan pula susu cair dan santan. Masa ni bolehlah agak2 banyak mana kuah yang dikehendaki. Boleh tambah air lagi jika suka. Kecilkan api dan renehkan sekejap. Masukkan daun kesum, tauhu pok, fishball, dan fishkek . Nak masuk isi kerang sikit pun bleh. Didihkan sekali lagi.
8. Bila kuah dah siap masak, bolehlah dihidangkan bersama mee kuning yang dicelur, ayam, kerang dan lain2 bahan pelengkap.
*** nak lagi sedap, makan dengan sambal tumis udang kering...tp CK malas dah nak buat, makan jer dengan sambal kicap... belasah jer laaa...
Kuah dah siap masak !!
Jom kita makan
Ok...sblm masak mee kari tu, CK dah siaapkan tempahan apam polkadot. Kali ini untuk Majlis Cukur Jambul dan Doa Selamat Little Caliph Putera Nur Aisy Daniyal (fuhhh..panjang nama baby ni... hehehehe )
Ladybird merata2.... hehehe....
Ok...Sampai sini dulu. Nak deliveri apam plak....sapa nk datang makan mee kari tu, ambik sendiri yer, makan baik2 tawww...air dah siap bancuh dalam peti ais no 2.... (jangan silap peti es plak yer..hehe).....haaa...dah kenyang makan, BASUH PINGGAN yer...jangan nk longgok dalam singki jer...hehehe....
OK.. BYE !!
Sedapnya mee kari.... makin banyak aksesori, makin cepatlah habis semangkuk... slurrppppp!
BalasPadambaru semalam makan mee kari beli kt restoran baru belakang klinik akak alahai rencah semua ada tp tawar la pulak..adehh!!
BalasPadamAduhhh...terlior mee kari la pulak... sedapnyaaaaa
BalasPadam