Rabu, 31 Oktober 2012

Fruit Tart

Salam...

Hari ni CK nk tayang order semalam, fresh fruit tart. Sebenarnya CK tak suka ambik tempahan fruit tart, sebabnyer nk kena mencari segala buah2 segar...yelah, kadang2 kt pasaraya sini stok buah2 spt stoberi & kiwi payah nk jumpa (bukan takde, tp cepat abis)
Tapi sekarang ni, disebabkan permintaan untuk pavlova agak memberangsangkan, maka stok buahan2 segar sentiasa ada dalam fridge. So bila ada seorang adik ni minta CK buatkan fruit tart, takde masalah la bagi CK. Cuma malas dan rajin je kan...hehehe....

Dan CK tepekkan jugak resipi fruit tart ni untuk anak buah kesayangan CK di Bandar Puteri Klang ni. Semoga lepas ni Mrs Wahidah bt Zainal Abidin boleh membuat fruit tart yang sedap untuk santapan keluarga dan rakan2.

Bahan Tart (kulit)
150 gram tepung halus atau tepung gandum
25 gram gula aising, diayak
70 gram mentega sejuk, didadu kecil
1 biji telur, dipukul sedikit
1/2 camca teh esen vanilla

Bahan Kastard
1 cawan susu segar
1 1/2 camca besar tepung kastard
1 1/2 camca besar gula halus
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar mentega
1 bj telur

Hiasan
Buah starwberry segar secukupnya
Buah kiwi secukupnya, hiris
Sedikit  coklat masakan ~ dicairkan
Piping jelly ~ untuk mengilatkan buah

Cara-cara
Sediakan kulit tart dahulu. 
-putar butter dan gula, masukkan esen vanila dan telur, kemudian masuk tepung, uli dan bulatkan kecil2. Tepek pada acuan tart dan bakar (cerita lengkap, rujuk sini atau sini 
-kemudian, sediakan plak kastart.
satukan semua bahan kecuali mentega dan tapis. Kemudian masak atas api yang perlahan sehingga pekat/berkilat. Sebelum tutup api, masukkan mentega. Kacau dan siap. Sejukkan sebentar dan masuk dalam piping bag (nak letak nozzle bintang pun bleh, lagi cantik )

OK... dah siap tu, boleh la buat tart

Mula2, kulit tart disapu dengan coklat cair.  Ini untuk mengelakkan kulit tart menjadi lembik/lemau bila diletakkan kastart dan buah2

Kemudian, kita paipkan dengan kastart 

Dan..dengan kreativiti sendiri, hiaslah dengan buah-buahan pilihan. Kat sini CK cuma letak strawberry, kiwi, anggur dan pic sahaja. Hajat ati nk letak ler segala buah2 lain, tp tart tu toncet jer (saiz 5.25cm)

Ok...siap...dah boleh makan/jual.  

Harap anak buah CK tu faham ler... nk buat hantaran bertunang utk Hanafi bulan 2 ni pun bleh...hehehe...

Dan ini plak, cheese tart yang diorder bersama fruit tart atas tu. Inti stoberi dan bluberi. Untuk stoberi,  CK lorekkan dengan warna pink, dan bluberi ditanda dengan warna ungu mcm kat bawah tu.


alhamdulillah...dapat respond yang baik dari customer :) legaaa !!

9 ulasan:

  1. suka tart juga...
    mcm2 jenis ada, sedapnya..

    BalasPadam
  2. fiza pun dah lama x ambik ode buat tart...ha ha ha...segan yg amat la ni...sbb siang fiza berniaga jadi nak ambik ode dah x sempat.... ***malaih benonyer....he he he

    BalasPadam
  3. Salam CK..

    nak order bleh x..hihihi..sedapnya..mai seketui nak rasa..hihi..

    BalasPadam
  4. suka makan tapi tak pnah buat...

    BalasPadam
  5. akk pun guna resepi ni sb suker dgn rasanya tu kan he he
    cantik CK letak buah2 siap strawbery emmm mesti lg sedap

    BalasPadam
  6. Salam Noorma..klu dekat leh order :).Malas nk nmembuatnya...HB xbape suker

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum CK,
    Banyaknya tempahan, semuga sukses selalu. Akak memang suka makan tart.

    BalasPadam
  8. Assallamualaikum CK..

    Suka makan tapi malas nak buat.. hehehee

    BalasPadam

Hello ♥♥
Takmo komen ke? beberapa patah perkataan pun takpe ㋡