Salam..... buat apa tu? dah balik kg yer...
Ok... hari ni CK tayang sekut raya la plak...si Mutiara Merah (kata kak Mimi)....biskut yang digemari ramai...dan tahun ni CK terima 30 balang tempahan untuk biskut ini sahaja. Ni pun baru balik dari menghantar biskut ni...dah terbang pun ke Sabah.
Biskut yang rangup dengan cornflakes, badam dan coklat cip didalamnya... CK sendiri pun suka biskut ni. Setiap kali lepas berbuka, mesti ambik dua tiga ketui makan...
Resepi Biskut Red Pearl
Sumber: Cendanakasih
Bahan (50 biji)
150g butter
150g tepung gandum
75g gula kastor
60g cornflakes (diramas sedikit)
50g coklat cip
20gm ceri kering (merah,hijau)
25g badam/gajus/hazelnut(bakar dulu dan hancurkan sedikit)
1st esen vanila
1sk emplex
Hiasan
ceri merah, dihiris halus dan memanjang
sedikit kuning telur
Cara:
1.Pukul butter dan gula hingga sebati (guna whisker pun boleh, sekadar sebatikan gula dengan butter jer)
2.Campurkan semua bahan kering. Kacau sebati.
3.Guna sudu kecil, jemputkan adunan ke atas dulang pembakar. CK jemput dan buatkan spt bebola.(bila dibakar, biskut akan leper dgn sendiri)
4.Sapukan kuning telur diatas biskut, dan letak ceri merah.
5.Bakar pada oven bersuhu 165'c selama 30-40 minit.
Tahun ini, CK keluarkan 2sb tepung gandum (dari sukatan di atas) dan digantikan dengan 2sb tepung beras. So, biskut lebih rangup dan sedap. Tak perlu guna emplex pun takpe.
Ada kengkawan yang buat biskut ni dan jadi tak brapa rangup. Haaa....nk dapatkan biskut yang rangup dan sedap?...jeng jeng jeng..... Biskut ni tak boleh dibakar dengan api yang tinggi....so suhu oben kena slow jer...dalam 165-180 gitew...bergantung la pada oben korang....
Lagi satu, tanda biskut tu dah garing/rangup luar dalam...bila dah cukup masa, keluarkan biskut dari oven dan cuba tekan pada biskut tu. Kalau biskut tu boleh ditekan dan rasa tenggelam, maknanya dalam biskut tu belum masak. So masuk oven lagi dan bakar lagi. Tapi kalau biskut tu ditekan dan keras, dan kita alihkan ketepi- senang jer dia bergerak, maknanya biskut dah ok ...nanti rangup dan sedap ler....sejukkan sepenuhnya dan kemudian barulah dimasukkan dalam balang kedap udara.
OK...SELAMAT HARI RAYA
♥♥♥
salam Ck.Selamat hari raya maaf zahir batin.
BalasPadam